Segmen Tajaan - Lulur Mandian
Teks : Anys Idayu Zakaria
 
 
 
 
    
 
 
 
Harga:-
100 gram = RM 5.00
250 gram = RM 10.00
Bismilllah, Alhamdulillah, Assalamualaikum rakan pembaca sekalian. Selamat kembali bertugas setelah cuti perayaan hujung minggu yang agak panjang. Ok hari ini saya nak kongsi produk yang saya telah gunakan ketika waktu-waktu cuti. hehehe biasanya lebih mudah waktu cuti kerana sambil melulur badan, boleh berlama-lama manjakan diri macam di spa pula gayanya kan ;)
Alhamdulillah, terima kasih kepada kekanda Eko Salina  kerana beri peluang untuk saya cuba produk yang beliau hasilkan sendiri. Lulur mandian kayu manis, pandan dan serbuk kopi.
Biasa apabila waktu cuti, awal pagi saya suka gunakan kayu manis atau pandan kerana baunya yang segar dan untuk menghilangkan daki-daki di badan serta untuk haluskan kulit. Pada waktu petang pula sangat suka gunakan serbuk kopi kerana baunya yang harum, memang sangat sedap, semerbak rumah bau kopi.  Dan yang seronoknya, lulur kopi ini menjadikan kulit kita semakin halus dan lembut. suka sangat.  Bau pula menyegarkan, lebih-lebih lagi bila dah seharian penat bekerjakan.
Saya sebenarnya dah lama tak melulur, tapi bila hujung minggu tiba, mula gunakan lulur ini memang seronok, rasa lebih segar dan kulit pun lebih halus dan licin. 
Ok jom kita lihat apa fungsi dan kelebihan setiap lulur ini ya. 
Serbuk kayu manis
Serbuk kayu manis ini dapat membersihkan tubuh dari masalah jerawat dan 
parut. Ia mampu memberi nutrisi pada kulit yang mana menjadikan kulit 
kita sihat. Selain daripada itu, aroma wangi yang alami dalam kulit kayu
 manis boleh menghilangkan bau pada badan kita. Lulur kayu manis ini 
membantu menanggalkan sel-sel kulit mati dan ini secara tidak langsung 
dapat meremajakannya kembali kulit kita.
Namun begitu, bagi kulit yang sensitif tidak disyorkan untuk menggunakan
 lulur kayu manis kerana kayu manis boleh memberi kesan kepada kulit 
menjadi merah dan terasa panas.
Daun pandan
Aroma daun pandan yang wangi dapat menghilangkan bau badan dan 
mengurangkan bau peluh. Selain daripada itu ia membantu menjadikan kulit
 halus dan lembut. Ia juga dapat meratakan dan mencerahkan warna kulit. 
Lulur pandan ini membantu menjadikan kulit lebih bersih dan menanggalkan
 kotoran pada kulit.
Serbuk biji kopi
Dibersihkan dan disental pada tapak tangan kasar dan tubuh gelap 
terutama sekali kawasan leher, ketiak dan celah peha. Lulur kopi ini 
dapat membantu mengurangkan minyak pada yang mempunyai masalah kulit 
berminyak. Ini kerana biji kopi yang telah dijadikan serbuk akan 
menghasilkan antioksida yang bersifat menghaluskan dan menjadikan kulit 
kelihatan lebih cerah, lembut dan halus. 
Kebaikan dan kepentingan lulur badan
#  Kulit kekal cantik dan bermaya
#  Dapat menghaluskan tekstur kulit
#  Membantu mengebukan kulit
#  Membantu meratakan warna kulit
#  Menjadikan kulit sentiasa tegang dan tidak berkedut
#  Mengurangkan masalah jerawat
#  Mengurangkan bau badan
#  Terapi membelai tubuh
Banyakkan kelebihan dan kebaikkan yang kita dapat bila rajin melulur ni. Yang paling seronok sebenarnya, menjadikan kulit kita semakin sihat, mengurangkan bau badan dan yang penting kulit lebih halus mulus. 
Kalau ada rakan-rakan yang nak cuba, boleh terus hubungi Puan Eko Salina ya. Harga lulur ni pun sangat murah dan mampu milik. Dan tahan penggunaannya untuk beberapa minggu.  Untuk yang mahu mencuba, boleh terus hubungi beliau di sini ya Kepada yang berminat boleh terus hubungi saya - whatsapp/ pm: 017 - 240 8646 (EKO SALINA)

Comments
Post a Comment