Rahsia Usahawan Akhirat
Teks : Anys Idayu Zakaria
Rahsia kejayaan ini saya petik dari email yang diterima dari DAO. Sejak bergelar usahawan saya sememangnya begitu teruja sekali motivasi dan program anjuran Dr. Azizan Osman. Rasanya kalau boleh semua program DAO saya nak pergi.
Dan yang menjadi antara wishlist saya untuk tahun ini, saya berazam untuk menjejak kaki ke Program IMKK (Insentif Magnet Kekayaan & Kejayaan). Ya Allah, Kau makbulkanlah doa hambaMu ini, yang sangat dahagakan ilmu-ilmu untuk terus berkongsi dengan orang lain.
TIP DARI DR HAJI AZIZAN OSMAN
1. Bangun
awal pagi seawal 4 pagi dan paling lambat 5 pagi (Sebab itu penting untuk tidur
awal 9 malam selewat-
lewatnya 10 malam)
2. Mandi kerana ia menyihatkan tubuh (Ini juga sunnah Nabi saw)
3. Solat taubat, tahajud, hajat dan istikharah (Ini rutin setiap awal pagi) / Solat tasbih 4 rakaat (Perlu bangun awal lakukan ini, sekurang-kurangnya 4 pagi) / Solat Witir (Dan ini perlu selesai 10-15 minit sebelum azan suboh)
4. Baca beberapa surah atau juz' Al-Quran atau amalan wirid-wirid yang baik sementara menunggu suboh
5. Berjemaah di masjid atau berjemaah bersama keluarga
6. Pastikan solat fajr 2 rakaat sebelum qamat untuk solat fardu suboh, ia adalah 2 rakaat solat sunat yang lebih berat timbangan amalannya dari dunia dan isinya (hadis)
7. Selepas solat membaca Al-Quran atau wirid-wirid tertentu sementara menunggu matahari naik untuk solat sunat Isyra' bila matahari naik.
8. Minum pagi / sarapan
9. Exercise untuk 30-60 minit (Mendengar bahan audio yang bagus ketika exercise)

10. Solat dhuha (Selepas exercise dan mandi)
1. Jika
anda mahu membina hidup yang berkualiti, anda boleh mulakan sebahagian
dari rutin di atas atau mengikut kesesuaian anda. Jika tidak mampu buat
semua, jangan tinggalkan semua. Dan cuba lakukannya dengan baik
terutamanya ketika hari cuti.
2. Jika anda bekerja, adjust rutin ini.
3. Kejayaan bermula dari rutin, habit atau disiplin over the years dan kejayaan tidak datang secara insiden.
Comments
Post a Comment