Travelog Suri Bekerjaya
Teks : Anys Idayu Hj Zakaria
Foto : Carian google
Alhamdulillah, nak habis dah bulan Januari ya. Sekejap je masa berjalan.
Foto : Carian google
Alhamdulillah, nak habis dah bulan Januari ya. Sekejap je masa berjalan.
Untuk sekian kalinya sudah beberapa tahun bertugas, baru tahun ini saya ambil waktu masa kerja jam 7.30 pagi. wah cepatkan, dengan alasan penat sudah tersangkut jem. Kononnya jika masuk awal terselamat juga la daripada jem yang sentiasa menghantui pengguna jalan raya, hihihi. Tapi kalau tak masuk 7.30 pagi pun, saya memang biasa akan sampai waktu lebih kurang macam ni juga. Lagi elok kalau tukar waktu kan.
Cabaran mengurus masa bermula. Untuk mengelak stress awal pagi, saya memang suka keluar awal pagi. Biar pagi-pagi janji saya tak tersangkut jem. Tersangkut jem lagi parah.
4.00-4.30 pagi - bangun pagi, solat dan mengaji sekurangnya 1 muka surat
5.00-5.30 pagi - kemas sikit-sikit di ruangan meja makan, dapur, siap-siap keperluan nak bawa untuk
anak-anak, mandi dan bersiap.
5.45pagi - bergerak keluar rumah.
Solat subuh di rumah mak, sebab masuk waktu subuh agak lewat.
6.20 pagi - bersiap dan bertolak ke tempat kerja. Wah cepatkan. Sebab nak elak jem di dua tempat sekarang ni. Di depan Jusco Tebrau dan kawasan Pandan. Letih rasa kalau awal-awal pagi sudah bersesak.
7.15 pagi - Sampai di pejabat.
Rutin waktu malam pula, saya memang akan urus semuanya pada waktu malam supaya awal pagi saya tidak kelam kabut.
8.00 - 10.00 mlm - Sampai di rumah, makan malam, ajar kakak belajar dan siapkan homework, gosok baju kerja sambil-sambil membasuh pakaian (biasanya saya akan basuh pakaian kerja en. suami sahaja, yang lain-lain akan dibasuh waktu cuti)
Anak-anak lepas siap belajar lebih kurang hampir jam 10malam, mereka akan tidur dengan sendirinya. Jadi saya boleh tinggal untuk solat isyak.
Sambil landing baru saya akan mula online semula, untuk semak mana-mana wsapp atau pm fb yang masuk.
Hampir jam 11-12 tutup lampu tidur. eheheheh.
Begitula kan, rutin suri bekerjaya macam saya ni. Apa pun, bisnes memang tetap berjalan seperti biasa. Bila masa saya urus bisnes?
Tentunya setiap waktu. Sebab itu, pentingnya tab comel molek yang saya gunakan sekarang ini, pendamping setia setiap masa. Mudah untuk saya online bila-bila masa sahaja. Kalau nak tunggu bukak laptop, alamatnya memang tak berkesempatan.
Sama juga la, bila waktu belajar saya hanya buka nota melalui tab. Alhamdulillah, teknologi memudahkan tugas dan urusan seharian sahaja berjalan lancar.
Rutin yag bagus... harap saya pun boleh buat cam ni
ReplyDeleteMula-mula payah, lama-lama mesti boleh lenny, untuk elak stress dan tak de awal2 pagi inilah rutin yg saya amalkan :)
ReplyDelete