Jana Pendapatan Melalui Blog
Keinginan untuk berhenti kerja terpancul selepas saya membaca satu kisah
 di laman Facebook. Kisah yang membuka mata saya mengenai wanita 
bekerja. Mengenai kepincangan masyarakat yang berlaku, keruntuhan 
rumahtangga dan peranan isteri dalam islam yang sebenarnya. Saya 
terpinga sewaktu membaca artikel tersebut. Sangat membina. Ketika itu 
pula suami ditugaskan ke luar negeri. Jadi saya rasa sudah sampai masa 
saya berhenti kerja dan menjalankan tanggungjawab yang sepenuhnya 
sebagai seorang isteri dan ibu.
Ketika itu saya masih menjelajah di internet mengenai bekerja dari 
rumah. Semua saya buka dan baca. Satu-satu blog dan laman web saya baca 
dan fahamkan. Tekad ketika itu 2015 saya mahu berhenti kerja. Tetapi 
saya mahu menjana pendapatan dari rumah. Bukan duduk goyang kaki sahaja.
 Akhirnya saya terjumpa blog kak Aishah Hussein. Beliau bercerita 
mengenai bekerja dari rumah sambil menjana pendapatan dengan penulisan 
blog. Wah. Sangat menarik. Ketika itu saya sudah mahu berkongsi mengenai
 penyusuan susu ibu. Saya menjelajah lagi ke blog-blog alumni. Akhirnya 
saya mendapati bahawa rakan pejabat saya iaitu Puan Kizeewatty ada dalam
 list ini. Tanpa membuang masa saya terus bertanya kepada beliau 
mengenai Akademi Bekerja Di Rumah.
Pertanyaan demi pertanyaan saya ajukan sebelum saya menyertai ABDR. 
Akhirnya pada bulan February 2014, saya menyertai Akademi Bekerja Di 
Rumah dibawah guru online saya iaitu Puan Nisa. Alhamdullillah, 
perjalanan untuk berhenti kerja nampak semakin cerah bila bersama-sama 
dengan mereka yang bekerja di rumah juga. Saya mulakan entry pengenalan 
diri dan seterusnya hinggalah ke blog perniagaan saya. Semuanya berkat 
tunjuk ajar rakan-rakan ABDR. 
Mungkin anda tertanya apakah sebenarnya ABDR ini. 
- Secara ringkasnya Akademi Bekerja Di Rumah ini adalah satu kumpulan sokongan atau satu kelompok khususnya para suri yang bekerja di rumah.
 - Kami bergabungan bersama dengan 600 blog peserta, 21 kelas dan 13 guru online yang berdedikasi. Operasi ABDR adalah 100% secara online (atas talian) dengan menawarkan kelas online untuk menjana pendapatan dari rumah melalui platform blog dan fanpage niaga di Facebook.
 - Kelas online yang dijalankan adalah berbentuk tutorial. Setiap protege (peserta) akan dibekalkan Ebook belajar asas blog sebagai rujukan utama.
 - Protege akan dimasukkan dalam group kelas online di laman facebook dan komunikasi antara protege dan guru online adalah secara one to one (personal coaching). Nota dan tutorial bergambar juga disediakan di dalam group kelas online tersebut.
 - Jadual kelas online adalah fleksibel mengikut masa dan kesediaan protege sendiri untuk mula kelas.
 - Peserta ABDR adalah di kalangan yang mempunyai pelbagai latarbelakang pendidikan dan pengalaman.
 
Allahuakbar.
 Perjalanan saya untuk berhenti kerja nampaknya semakin cerah. Saya tahu
 saya akan berdepan dengan pelbagai cabaran dan persaingan dalam 
perniagaan. Tetapi bukankah Allah ada dengan saya. Allah akan tolong 
saya. Dengan syarat saya mesti berdoa dan berusaha. Jadi kepada suri 
berkerjaya jangan takut untuk berhenti kerja. Fikirkan tentang anak, 
fikirkan tentang suami. Anda akan jumpa jalannya. Insyaallah. Semoga 
entry saya kali ini dapat membuka mata anda untuk memulakan langkah 
pertama untuk menjadi Work at Home Mother (WAHM)
Comments
Post a Comment