Buat Doh Mainan Sendiri

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria
Foto : Koleksi Peribadi

Bismillah. Assalamualaikum.  Alhamdulillah, sudah masuk 5 Januari, pantasnya masa berjalan.
Semoga kita sentiasa berada dalam keadaan positif setiap masa.

Hari ini nak belanja kalian gambar-gambar anak-anak bermain doh. Sebenarnya hujung minggu lepas saya mula mengoogle cara-cara untuk buat doh sebagai mainan untuk kakak dan adik. Kononnya hajat hati, mereka bermain boleh la saya balut buku sekolah kakak. Tapi hampehnya, baru buka plastik buku, Raisha dah melompat berebut nak tengok juga. Baru ambil beg sekolah kakak, Raisha dah menangis nak beg juga.  Sudahnya tak siap juga saya membalut buku-buku sekolah. 


 Senang dan mudah sahaja cara untuk buat doh sendiri ini. Bahan yang diperlukan

> Tepung gandum
> garam
> minyak masak
> air masak
> pewarna (ikut suka nak warna apa)

Cara-caranya :

1. Masukkan tepung gandum ke dalam bekas. Ikut berapa banyak kalian nak buat. Saya memang main letak sahaja, tak sukat-sukat.

2. Masukkan sedikit garam, minyak masak 3 sudu

3. Tambah air masak, gaul sehingga jadi doh. Macam kita buat tepung untuk buat kuih.

* Ada orang yang masak atas dapur, untuk doh tahan lama.  Saya buat yang mudah, gaul sahaja semua bahan, dan uli.  Boleh tahan beberapa hari.  Memang mereka bermain untuk 2 hari hujung minggu sahaja. Nak main lagi, minggu hadapan kita buat lagi yang lain. hehehe

4. Asingkan beberapa bahagian, untuk letak pewarna.

5. Sedia untuk digunakan.

* Boleh minta anak-anak alas dengan surat khabar, sediakan peralatan permainan yang lain seperti pinggan plastik, pisau plastik, bekas-bekas mainan yang ada.

 Selamat mencuba, boleh jadikan salah satu aktiviti hujung minggu anak-anak.





 Mudah dan senang, tak perlu risau kalau Raisha termakan. Kalau gunakan tanah liat, risau juga takut masuk mulut.




Comments

  1. oh..buat doh mainan pun boleh dibuat dengan bahan dirumah.. bagus perkongsian ini

    ReplyDelete
  2. ye Tn Ismail, boleh cuba dirumah, bahan pun mudah seperti kita menguli tepung. Lama-lama doh mainan ni akan jadi licin dan sama macam tanah liat juga, cume mungkin kalau tak dimasak, tak tahan lama.

    terima kasih kerana sudi singgah :)

    ReplyDelete
  3. menarik ni, boleh cuba juga untuk anak-anak kecil saya.

    ReplyDelete
  4. heheh, sila kak.
    anak saya yg besar sangat suka, sebb biasa die mintak main tanah liat saya memang tak bg, takot adik masuk termakan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts