Akademi Bekerja Di Rumah Persediaan Untuk Berhenti Kerja
Tamatnya tempoh berpantang 44 entry...
Teks:
Rahimah Binti Omar
Alhamdulillah...Tanpa
saya sedari sudah lebih 44 entry yang saya post kan di dalam blog ini.
Sepatutnya, awal-awal lagi saya buat ulasan ini yang merupakan sebahagian
daripada tugasan saya sebagai ahli baru ABDR. Tetapi disebabkan kesibukan dan
menulis pun sekadar mencuri-curi masa yang ada, maka terlupalah saya nak
membuat ulasan ini ^_^ Minta maaf ye sifu Anys Idayu.
Saya
menyertai Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) pada bulan September 2014 dan entry
pertama saya adalah pada 23 September 2014. Niat asal menyertai ABDR adalah untuk
belajar berniaga secara online sebagai sebahagian daripada persediaan untuk
saya berhenti kerja (suatu hari nanti). Untuk melihat keupayaan, komitmen dan
disiplin diri sendiri dalam melakukan sesuatu tugasan. Walaupun hajat berhenti
kerja itu tak tahu bila akan tercapai, tetapi persediaan untuk ke arah itu pun
penting juga kan.
Mungkin
ramai ahli baru ABDR yang berjaya menyiapkan tugasan 44 entry ini dalam masa
yang singkat. Tetapi bagi saya yang merupakan seorang suri bekerjaya, ditambah
lagi dengan tanggungjawab menjaga 4 orang anak yang masih kecil berseorangan
lantaran suami bekerja jauh di perantauan, maka ruang yang ada untuk menulis
sekali-sekala itupun sudah cukup baik bagi saya.
Ajaran
Puan Sifu, menulislah secara berkala dan santai. Cukuplah walau sebaris ayat
sahaja sehari. Tetapi bagi saya agak susah juga untuk konsisten menulis setiap
hari. Hampir-hampir kecundang di tengah jalan. Tetapi saya bangkit semula. Saya
jadikan kisah yang saya alami setiap hari sebagai bahan penulisan. Nama pun
Diari Suri Bekerjaya kan. Sesuailah tu ^_^
Sebenarnya, menulis bukanlah satu bidang baru bagi saya. Kerja saya
sekarang ini pun banyak melibatkan kerja-kerja menulis seperti menulis
pandangan undang-undang, menyemak perjanjian dan dokumen perundangan serta
lain-lain lagi. Tetapi pada saya penulisan di blog dan penulisan untuk kerjaya
saya adalah dua perkara yang berbeza. Walaupun asasnya adalah sama, namun
menulis di blog adalah lebih santai dan terpulang kepada penulis itu sendiri
bagaimana untuk menjadikan ia menarik. Penulisan bagi kerjaya saya pula lebih
bersifat rigid di mana semua yang ditulis hendaklah berasaskan undang-undang,
penulisan hendaklah tepat dan bersifat serius. Berbeza bukan.
Tanpa
saya sedari, saya menggunakan ruang untuk menulis ini bukan sekadar untuk
berkongsi pengetahuan dan pengalaman, tetapi juga sebagai satu medium untuk
saya menukar rasa stress saya ke dalam bentuk tulisan yang akhirnya boleh
menukar mood saya menjadi gembira semula. Paling tidak pun, mengurangkan stress
saya pada ketika itu. Contohnya, kalau saya sedang rasa sedih, saya tulis
sesuatu yang boleh menggembirakan saya seperti kisah anak-anak, kisah masakan
saya yang tidak seberapa, kisah percutian keluarga dan lain-lain lagi.
Sedikit
demi sedikit, akhirnya selesai juga tugasan 44 entry. Banyak ilmu yang saya
pelajari daripada Kelas Online ABDR. Banyak juga ilmu yang saya kongsi dengan
rakan-rakan ABDR yang lain. Rasa tidak menyesal membayar yuran penyertaan.
Bukan sahaja dapat kawan dan ilmu pengetahuan, dapat juga bonus 4 e-book untuk
rujukan. Idea-idea dan tips-tips yang boleh dijadikan rujukan pada bila-bila
masa sahaja. Berbaloi-baloi.
Walaupun
setelah 4 bulan lebih ini saya tidaklah menjana kewangan sangat dengan blog ini
tetapi saya rasa sangat gembira. Bukanlah matlamat utama saya pun untuk menjadi
kaya melalui blog ini. Tetapi sekiranya saya hendak memulakan bisnes online,
tapaknya sudahpun ada.
Apa
pun, terima kasih kepada Pn. Sifu Anys Idayu. Walaupun saya ni bukanlah pelajar
contoh Cikgu Anys, namun saya banyak membaca apa jua ajaran dan perkongsian
beliau di dalam kelas online. Banyak yang saya boleh gunakan pada masa sekarang
dan juga pada masa akan datang.
Kepada
surirumah yang sedang mencari-cari bagaimana nak memanfaatkan masa terluang
yang ada atau ingin menjana wang dari rumah, bolehlah menyertai ABDR.
InsyaAllah, jika kita berusaha untuk menimba ilmu, satu hari nanti ilmu itu
akan memberi manfaat yang banyak kepada diri kita.
Wassalam ^_^
Comments
Post a Comment