Wednesday, 24 December 2014

Teks : Anys Idayu Zakaria

Hari-hari terakhir 2014, sikit hari sahaja lagi menjelang tahun 2015. Tak sabar sebenarnya nak menyusun jadual serta list target untuk tahun depan.

Tapi perlu diketepikan sekejap beri laluan pada presentation dan final exam hujung minggu ini. Selagi tak selesai semua kerja lain pun seperti tertangguh. Semoga Allah permudahkan semuanya. Jumaat dan sabtu ini saya ada prentation, ahad pula ada final. Dan tinggal satu lagi Peperiksaan OSHA pada 8 Januari nanti. Alhamdulillah, masa jarak juga antara dua exam ini, cumanya masa agak suntuk hujung minggu ini.

Semoga kita sentiasa berada dalam lindungan Allah swt. Doakan yang baik-baik, fikir yang baik-baik supaya kita sentiasa berada dalam keadaan positif.

Alhamdulillah, selamat pagi. Kita sama-sama doakan rakan-rakan, saudara mara kita  di Pantai Timur dipelihara Allah swt daripada sebarang musibah banjir yang lebih teruk. Semoga diperkuatkan iman dan diberi kesabaran menempuh dugaan ini. 

psst, apa tu, heheh ini rempah gulai original dari pantai timur. Nanti saya cerita lagi ya. Kalian jamu mata dulu ;)