Sedekah Subuh
Teks : Anys Idayu Zakaria
Beberapa minggu lepas saya pernah mencari artikel tentang Sedekah Subuh di internet, tapi tak jumpa.
Last week saya ternampak salah seorang rakan di fb, berkongsi artikel ini, ya inilah artikel yang saya cari, tentang fadilat SEDEKAH SUBUH.
Jemput baca, mari kita sama-sama amalkan.
Nak share pengalaman seorg hamba Allah ni
SEDEKAH SUBUH...
sememangnya kita hidup ini penuh dengan dugaan, dan banyak perkara yang
menjadikan kita stres. masalah kewangan, kerja dan sebagainya, bagi saya ingin sekali berkongsi pengalaman agar dapat menjadi salah satu jalan keluar bagi sahabat-sahabat di fb,whatapps
sedekah subuh ini telah lama kami (penulis dan group laksanakan)
hampir 10 tahun lamanya, cuma baru-baru ini sahaja saya berani berkongsi
dengan sahabat kerana sebaiknya amalan disembunyikan.
Namun kerana
ingin menjadikan perkara ini amal jariah kami, maka saya mewar-warkan di
sini.
saya terbaca satu hadis hampir 10 tahun lalu tentang,
malaikat keluar bersama mentari pagi dan mendoakan mereka yang
bersedekah dengan limpahan rezeki dan mendoakan orang yang tidak
bersedekah dengan ancaman kemusnahan harta benda dan laknat. Sangat
menakutkan ketika saya membaca tulisan tersebut terus saya memulakan
sedekah subuh keesokkannya.
oleh kerana zaman yang menuntut
segala-galanya hendak pantas, maka sukar bagi kita yang bekerja hendak
mencari fakir miskin atau anak yatim pada subuh-subuh hari sebagaimana
Zainal Abidin (Sydina Ali) melaksanakannya di Madinah.
oleh itu,
setiap pagi saya memasukkan wang ke dalam sebuah bekas kuih sebaik
sahaja sudah solat subuh, dan apabila sampai masa 30 hari atau 40 hari
saya akan serahkan kepada kakak saya untuk memasak sarapan pagi untuk
diberi kepada anak yatim dan fakir miskin setiap hari. kami memberi
makan hampir 30-40 orang fakir miskin sarapan pagi setiap hari sejak 10
tahun yang lalu dan kami telah menemui pelbagai PERISTIWA AJAIB yang
tidak mampu saya ceritakan di sini.
sejak 4-5 bulan yang lalu
saya telah mula menyebarkan amalan ini, dan pada hari Rabu lepas semasa
saya di Kuching saya telah memberitahu rakan-rakan ketika makan malam,
dan salah seorang dari mereka "pick up" apa yang saya katakan. pada
hari Jumaat, dia sibuk mencari saya di pejabat, kerana ingin mengucapkan
terima kasih, kerana baru sahaja sekali dia melakukan sedekah subuh ini
dia sudah dianugerahkan rezeki, iaitu menantunya mendapat pekerjaan. tadi dia bercerita lagi, claim kerja luarnya sudah diperoleh sedangkan
pada kebiasaanya claim akan mengambil masa satu tahun baru dibayar. seorang lagi sahabat menyatakan, "apa yang aku tidak mintak pun dapat,
sampai perkara yang aku fikir tak logik pun aku dapat" itulah
kata-katanya. Seorang sahabat lain, mempunyai anak istimewa,
dan anaknya kini sudah boleh bercakap .memanggil namanya IBU setelah
5 tahun tidak mampu berkata-kata. Seorang sahabat lagi berkata,
dia berasa sangat tenang, walaupun ada banyak masalah, tuntutan kerja
dan sebagainya. Tenang setenang-tenangnya. Ini adalah kali ke-10 dia
memberikan sedekah selama hampir setahun.
CARANYA?...mudah sekali
pilihlah WAKTU yang paling AFDHAL iaitu SELEPAS SUBUH DAN SEBELUM
SYURUK..dan masukkanlah tak kira berapa sen/rm ke dalam tabung sedekah
subuh itu, semasa hendak memasukkan wang itu berniatlah apa sahaja niat
yang baik-baik untuk anda dan keluarga dan masukkan ke dalam tabung
itu sehingga genap sebulan, agihkanlah kepada mana-mana orang/badan yang
memerlukan dan teruskan amalan itu seperti biasa. Bagi kumpulan saya,
kami menyediakan sarapan pagi untuk anak yatim dan fakir miskin. setiap ahli dalam rumah perlu mempunyai tabung sedekah subuh mereka sendiri, walaupun anak itu berusia 6 bulan...
seperkara lagi sekiranya kita out station,tetapi diteruskan dengan
memasukkan duit sedekah subuh itu ke dalam wallet kecil atau sampul
surat duit raya setiap subuh, selepas balik dari out station pindahkan
duit dalam sampul duit raya tadi ke dalam tabung sedekah subuh kita.
Insya Allah mari kita sama-sama amalkan.
Comments
Post a Comment