Sunday, 30 November 2014

Kumpul DANA 5K untuk Adik Nurul Nadia Nahyuddin

Teks : Anys Idayu Zakaria
Sumber : Blog http://kuazue.blogspot.com/2014/11/entri-102-mesin-penyambung-nyawa.html

Assalamualaikum para pembaca. Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi kisah dari salah seorang protege saya. Kisah diambil dari entri beliau. Untuk sama-sama kita bantu Adik Nurul Nadia yang sangat memerlukan bantuan kewangan dari kita semua. Semoga dengan dipanjangkan kisah beliau ini, akan mendapat tempat dan perhatian daripada pihak tertentu untuk turut membantu. 

Jika kita tak dapat dari segi kewangan, mungkin kita boleh bantu dengan cara memanjangkan kisah ini untuk dikongsi dengan orang ramai, supaya lebih ramai yang membantu. Insya Allah.

"Tapi saya perlu bgtau akak awal2 ye sng nanti akak trgkn pd customer sy ni x mcm org lain. Jd sy buat kraf ni masa sy sihat. Sy selalu berulg ke hosp dan bg sesiapa yg menemph dgn sy perlu fhm keadaan sy kerana sy jrg dpt siapkn temphn yg urgent, Biasa customer akan order 3,4 bln awal sblm majlis. Bkn apa sakit nk dtg x tahu. Bila dah sakit terbaring jelah. ......" Mula tu biasa la orang sakit.. tapi tergerak dihati utk tanya lebih lanjut... dan bila dah tahu.. 

Kalau nak tahu apa pekerjaan adik ini? Dia membuat barangan kraf di masa sengangnya. Beliau yang bernama Nadia ini boleh dihubungi melalui laman sosial FB: Nadieya Felt Craft 

Pada mulanya, dia keberatan bila cik azue utarakan untuk menulis cerita tentang beliau, kerana dia masih boleh berusaha dan tidak mahu ada rakan-rakan yang tersalah anggap seolah dia menagih simpati mahupun ehsan. Sebab itu dia minta kerja, Tapi apalah sangat yang boleh dibuat oleh dia dalam keadaan nya yang sebegini kan.. mahu mengumpul DANA sebesar 5K buat membeli satu lagi unit mesin kerana mesin sedia ada sudah rosak (1 mesin dari hospital, satu lagi arwah kawan nadia bagi, tapi salah satu dah rosak). Jadi Nadia sekarang bergantung kepada hanya satu mesin sahaja yang kita tak tahu bilakah mesin ini akan terhenti. Membayangkan tiba-tiba mesin yang satu ini terhenti? apalah nasib adik malang ini?

Cik azue pujuk-pujuk dan akhirnya dia bersetuju, itu pun hanya bagi mempercepatkan proses mendapatkan mesin oksigen itu sahaja. Lain-lain dia dan keluarga akan usahakan sendiri. Nadia merupakan anak kedua dari 3 orang adik beradik yang mana mempunyai seorang abang yang baru tamat pengajian dan seorang adik yang masih lagi belajar. Ibu dan bapa hanya berpendapatan kira-kira RM1K sebulan. Jadi Nadia yang berumur 22 tahun ini mengambil inisiatif mengisi masa senggang dari duduk saja, membuat kerja kraf dan berjualan melalui alam maya. Terpukul cik azue dengan situasi Nadia. Sesakit dia, masih lagi berusaha.. cik azue? Tanpa wayar oksigen pun, sikit sahaja demam pun.. kalau boleh seluruh kenalan di dunia ni nak diberitahukan. Malu! Malu! Malu! Allah, hebat sungguh teguran Mu Ya Allah. Nadia dgn wayar nya ketika pergi atas urusan temujanji rawatan Nadia dengan mesin oksigen. Maaf Nadia, terpaksa cik azue muat naik juga gambar yang kalau boleh anda tidak mahu dikongsi. Tapi demi kelangsungan nyawa itu, kita kongsi bersama. 

Bayangkan Nadia memakai mesin itu 24/7. Ke mana sahaja dan buat apa sahaja. Untuk makluman, Nadia menghadapi sakit pendarahan dalam paru-paru. Selalu alami batuk berdarah dan semput. Pernah koma selama 2 bulan dan pernah jalani kemo. Nadia adalah penghidap Thalasemia dan dikesan pada umur 6 tahun. Menderita sakit paru-paru dari umor 12 tahun. Bermula dengan pakai topeng oksigen waktu malam sahaja sehingga lah sekarang ini kena pakai sentiasa. Pernah dirawat di hospital selama 3 tahun (duduk hospital 3 tahun sebab tidak boleh cabut oksigen). Dan di sinilah bermulanya Nadia kena pakai 24/7 topeng oksigen. Nadia di bawah hospital Tunku Ampuan Afzan (HTAA), di bawah seliaan unit dada. 

Nadia boleh dihubungi di talian 019-9352697 dan WhatsApp pada talian 011-39145517. Tapi cik azue ingatkan, masa cik azue berbalas pesanan pun, kadang Nadia ni minta diri, perlu rehat, kena tidur. Jadi jangan harap jawapan cepat dari Nadia, jika kalian ada yang mencuba menghubungi Nadia sendiri. 

No akaun bagi saluran DANA ini adalah Bank: CIMB 7053466392 - Nurul Nadia Nahyuddin 

Manakala bagi yang berkesempatan untuk melawat, boleh singgah ke 12933, Jalan Sri Jaya, Kampung Gong Pauh, 24000 Kemaman, Terengganu 

Marilah kalian kita bantu adik ini yang kuat semangat nya dengan merealisasikan impian memiliki satu lagi mesin oksigen bagi penyambung nyawa. 

Jutaan terima kasih buat kalian yang sudi membaca dan 'forward' sehingga DANA 5K cukup buat membeli mesin oksigen nya. Semoga usaha kecil kita memberi seribu sinar buat Nadia dan keluarga dan semoga Nadia tidak putus asa atas rahmat Ilahi walau pun dia diuji dengan ujian yang berat di mata cik azue. 

"Tapi saya perlu bgtau akak awal2 ye sng nanti akak trgkn pd customer sy ni x mcm org lain. Jd sy buat kraf ni masa sy sihat. Sy selalu berulg ke hosp dan bg sesiapa yg menemph dgn sy perlu fhm keadaan sy kerana sy jrg dpt siapkn temphn yg urgent, Biasa customer akan order 3,4 bln awal sblm majlis. Bkn apa sakit nk dtg x tahu. Bila dah sakit terbaring jelah. ......" Mula tu biasa la orang sakit.. tapi tergerak dihati utk tanya lebih lanjut... dan bila dah tahu..

Make Money at : http://bit.ly/copy_win