Ujian Cabaran Hidup

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Bismillah. Lama sungguh menyepi dari menulis blog. Rasa diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Sedang memberi semangat kepada hati untuk terus cekal dan tabah. Insya Allah. Apa pun halangan dan cabaran yang datang terpaksa ditempuhi dengan penuh kesabaran. Allah berikan saya ujian dan dugaan untuk saya terus kekal membantu memberi semangat pada orang lain.

Moga-moga kejadian yang berlaku memberi satu semangat baru untuk terus berubah. Semoga pengorbanan kali ini memberi kemanisan dan keindahan yang akan berkekalan untuk selamanya.

Alhamdulillah, alhamdulillah, sujud syukur. Menangis, meleleh air mata saya melihat perubahan yang berlaku pada diri dia. Semoga penghijrahan baru ini akan memberi sinar kebahagiaan.

Ya Allah istiqomahkanku untuk terus memberi semangat pada dirinya, dan istiqomahkan dirinya untuk terus kekal berada di jalan Mu. 



..
..
..

hari ini hanya sesi luahan hati. hehe, nanti saya sambung semula ya
Ada beberapa pertanyaan pembaca blog yang masih keliru bagaimana mahu mula berbisnes secara dropship.



Comments

Popular Posts