Tip Menggembirakan Hati Pelanggan
Teks : Siti Nornaziha Binti Md
Suib
Gambar : Masayu Ahmad
Assalamualaikum
dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, dengan izin Allah saya masih diberikan
kesempatan untuk bernafas dan menikmati bumi Allah yang Maha Kaya ini. Semoga
Allah merahmati setiap amalan yang kita lakukan di dunia ini sebagai bekalan
untuk dibawa ke akhirat kelak. Aamiin.
Pertama sekali, terima kasih
diucapkan kepada Puan Masayu Ahmad yang merupakan pengasas Akademi Bekerja Di
Rumah (ABDR) atas peluang dan penghormatan yang diberikan kepada ahli ABDR
untuk memberikan ulasan di dalam eBook terbarunya berjudul Rahsia Khidmat
Pelanggan Usahawan Online. Saya sebagai salah seorang ahli ABDR juga tidak mahu
ketinggalan mahu mendapatkan naskhah ini juga demi memperbaiki diri menjadi
seorang usahawan muda berilmu serta berjaya di dunia mahupun di akhirat kelak.
InsyaAllah. Mohon doanya ya rakan-rakan.
Ketika membaca eBook ini yang sarat
penuh informasi dan coretan pengalaman para penjual dan pembeli online buat
diri ini terkedu seketika. Hati kecil berbisik “Inilah yang aku lalui ketika
baru mula menjalankan perniagaan online secara kecil-kecilan pada pertengahan
tahun 2011”. Berbekalkan Diploma dalam bidang Pengajian Perniagaan, saya nekad
mahu memulakan perniagaan online sendiri. Terasa diri sudah cukup bersedia mahu
mengharungi dunia baru, mahu bergelar usahawan muda dalam kadar segera. Ikut
cara sendiri sahaja. Sehinggalah pada satu tahap, saya mula berasa kosong jiwa.
Serba tidak kena dan tidak menjadi. Modal habis banyak, untung tidak seberapa.
Lantas saya teringat kata-kata seorang tokoh usahawan terkenal di Malaysia yang
cukup kuat melekat di kotak fikiran saya hingga ke hari ini, “anak muda ini
darahnya cepat panas. Mahu cepat dalam segala hal dan tidak berfikir panjang.
Pasti hasilnya juga nanti tidak akan menepati piawaian yang telah ditetapkan.
Ilmu teori sahaja tidak mencukupi. Perlu ada asas praktikalnya juga”.
Terdiam saya
dibuatnya. Memang benar belaka. Itulah yang baru dikatakan sebagai usahawan
berilmu. Akhirnya saya sedar bahawa saya telah pun gagal pada waktu itu.
Secara jujurnya, eBook ini
menceritakan segalanya. Susun atur plot penceritaan juga menarik minat pembaca
untuk kekal meneruskan pembacaan sehingga ke akhirnya. Permulaan penceritaan
dimulakan dengan perbezaan antara perniagaan Online dan juga Offline. Penulis
mahu pembaca tahu dan sedar bahawa Bisnes Online juga mampu menjana pendapatan
lumayan sama seperti Bisnes Offline juga asalkan kena pada caranya. Diakui
cabaran yang dihadapi para peniaga Online juga tidak kurang hebatnya, penulis
memberikan beberapa tips mudah mengenai cara mahu mengatasi setiap masalah yang
timbul sepanjang sesi jual beli berlaku bersama para pembeli. Segalanya menjadi
mudah dengan adanya toleransi dan persefahaman yang baik antara kedua-dua belah
pihak baik di pihak penjual mahupun di pihak pembeli. Pada helaian di bab
berikutnya, penulis mula mengembangkan penceritaan dengan mula memberikan tips
penting perihal bagaimana mahu menggembirakan pelanggan, membina keyakinan,
menawan hati serta menghargai pelanggan hingga menjadi pelanggan setia. Bagi
saya bab ini sangat penting dalam sesebuah perniagaan. Pelanggan adalah tonggak
ekonomi sesebuah perniagaan. Jatuh bangun sesebuah perniagaan itu bergantung
kepada jumlah pelanggan yang datang membeli baik pelanggan baru mahupun
pelanggan setia. Memetik sebaris kata daripada penulis di dalam eBook ini
“tanpa pelanggan, siapalah kita”. Cukup ringkas tapi penuh makna tersirat di
sebaliknya.
Selepas habis membaca eBook ini,
seolah-olah saya telah mendapat satu suntikan semangat yang baru. Dulu saya
terlalu fokus kepada produk yang dihasilkan dan kurang mengambil berat perihal
citarasa pelanggan. Skil komunikasi juga tidak begitu baik. Tetapi selepas
membaca eBook ini, saya sudah tahu apa yang perlu dilakukan selepas ini. Terima
kasih sekali diucapkan kepada penulis kerana telah memberikan ruang dan peluang
untuk saya membuat sedikit ulasan mengenai eBook ini. Saya doakan semoga Puan
Masayu Ahmad dimurahkan rezeki serta
dipermudahkan urusan dalam hidup dan dapat berterusan memberi manfaat kepada
saya dan juga anda semua. Jadi apa tunggu lagi? Segera dapatkan buku ini pada
harga yang cukup berpatutan dan pastinya mampu dimiliki oleh setiap orang.
Sekian, terima kasih.
Siri 1 (terbit 25.9.2014)
RM30 (untuk 35 pembeli terawal sahaja)
Pembelian dengan harga RM30 akan menerima bonus 1 ebook lain
Harga selepas ini RM50
anysidayuzakaria@gmail.com
Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online
Bab 1: Urusniaga Online
Bab 2: Mengembirakan Pelanggan
Bab 3: Membina Keyakinan pelanggan
Bab 4: Menawan Hati Pelanggan
Bab 5: Menghargai Pelanggan
Bab 6: Kuasa Khidmat Pelanggan
Bab 7: Khidmat Pelanggan Profesional
Bab 8: Kuasa Suara Dan Gerak Hati
Bab 9: Tingatkan Bilangan Pelanggan
Setia
Bab 10: Tingkatkan Keuntungan Dengan Kuasa Pelanggan
Gembira
Comments
Post a Comment