Tahun Baru 1436 Hijrah

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria 


Alhamdulillah, kita sudah pun melangkah ke Tahun Baru 1436Hijrah. Masih belum terlambat untuk saya ucapkan selamat tahun baru. Semoga tahun baru Islam ini memberi keinsafan dan semoga tahun ini dapat dilalui dengan penuh gilang gemilang.

4 bulan terakhir ini juga saya rasakan masa begitu cepat berlalu. Sedar tak sedar sudah nak masuk November, 2 bulan lagi berakhir semester ini. Masih banyak tugasan yang perlu diselesaikan dengan segera, kerana sebulan lepas banyak saya sudah terlepas kelas. Kena lebih rajin belajar sendiri, untuk ujian yang akan datang.

Saya juga sebenarnya tak sabar nak habiskan beberapa tugasan kelas, nak mula fokus menulis ebook pula. Semoga tahun 2015 merupakan tahun yang bakal dilalui dengan penuh bermakna.

Doakan saya dapat menulis dan menerbitkan sebuah ebook tahun hadapan.

Minggu ini pasti berlalu dengan penuh sibuk dan agak hura-hara sedikit. Kakak akan menduduki peperiksaan akhir tahun sekolah rendah dan sekolah agama.  Bila peperiksaan serentak macam ni, yang kelamkabut lebih pasti Mama. Doakan juga kakak dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang.



owh, ye. Pendaftaran ke kelas online blog masih dibuka seperti biasa. Pakej mampu milik khas untuk suri yang mahu belajar berbisnes secara online, atau untuk mereka yang mahu tempah kedai online. Kami siapkan untuk kalian.

Boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan.


Comments

Popular Posts