Misi Mencapai Matlamat 2014

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Selamat memulakan tugas untuk hari ini.

Sudah hampir separuh bulan Oktober. Tinggal 2 bulan lebih sahaja lagi untuk kita menyelesaikan mana-mana target yang masih dalam pelaksanaan untuk tahun ini.

Insya Allah masih sempat lagi untuk saya selesaikan matlamat 2014, saya mahu bantu 100 orang suri yang mahu belajar memulakan bisnes secara online melalui kelas online blog di ABDR. Setakat hari ini sudah 74 pelajar yang saya bimbing mereka dalam kelas online blog ABDR. Alhamdulillah antara mereka yang rajin dan komited sudah ramai yang pandai membina blog sendiri, dan sudah ada yang konsisten serta pandai menjana pendapatan melalui ABDR.

Ayuh kita mulakan langkah pertama dengan hanya menjalankan bisnes secara online sahaja. Mula dulu dengan dropship. Gunakan fb dan blog sebagai medium pemasaran yang paling efektif. Bagi yang ada kepakaran tertentu, gunakan blog untuk berkongsi ilmu kita untuk manfaat pembaca. Mana tahu, satu hari nanti, apa yang kita kongsikan di blog itu sangat bernilai.

Jom-jom, sapa mahu bergelar protege saya untuk Bulan Oktober. Pendaftaran masih dibuka. Cepat-cepat bertindak untuk kita mula langkah pertama.

TINDAKAN IMPAK PALING BERKESAN untuk kita BERJAYA

 Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH :
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
-produk sendiri
-dropship makanan sunnah
-dropship produk makanan
-dropship telekung solat
-dropship produk islamik
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun wahm soho
7. Tempahan blog bisnes/blog penulisan-siap 3 hari
8. Kelas penulisan ebook


Kenapa kelas ini diadakan? Inilah sumbangan kami terhadap wanita dan suri rumah baik yang bekerja di luar mahupun di rumah saja. Kami sedia membantu anda untuk menyampaikan ilmu di blog atau berniaga online melalui blog dengan teknik yang betul. Blog adalah medium percuma dan akan menjadi luar biasa hebat apabila bergabung dengan teknik content writing yang tepat.

Anys Idayu Zakaria
Guru Online ABDR
www.anysidayu.blogspot.com

Comments

  1. nak jadi murid cikgu boleh tak. konsisten betul. tahniah cikgu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts