Menjenamakan Semula Bisnes Melalui Kelas Online Blog ABDR
Ulasan Kelas Online Asas Blog & Fanpage
Assalamualaikum ...
Dengan lafaz
Bismillah,saya mula menulis entri pertama untuk blog saya pada hari ini.
Banyak sungguh cabaran yang dihadapi sebelum entri pertama ini mula
dikarang. Kekangan masa dan idea buat hati ini seperti mahu berputus
asa. Tetapi,saya segera mengingatkan diri saya iaitu apabila seseorang
itu mempunyai matlamat untuk memajukan dirinya,dalam masa yang
sama,cabaran dan dugaan itu pastinya akan hadir juga. Hadirnya seiring
tetapi saya memilih untuk meneruskan apa yang saya sudah mulakan. Sama
seali tidak akan berpatah balik hanya kerana dugaan yang sedikit itu.
PELUANG KEEMASAN
Banyak kisah menarik yang terjadi sebelum entri pertama ini dibuat. Pertemuan pertama saya bersama kak Masayu Ahmad ialah melalui emak saudara saya sendiri iaitu Siti Zarinah atau lebih mesra lagi dengan panggilan Cik Ina. Saya sangat berterima kasih kepada Cik Ina kerana memperkenalkan saya dengan Kak Masayu. Sungguh tak disangka,dalam situasi saya menghadapi kesukaran untuk mempromosikan perniagaan online saya,Allah memberikan petunjuknya melalui peluang keemasan yang saya percaya,kalau saya tak ambil sekarang,mungkin tiada lagi untuk masa akan datang. Tanpa membuang masa,saya terus berhubung dengan Kak Masayu untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kelas tuisyen yang dianjurkan oleh beliau.

TEKNIK MUDAH DIFAHAMI DAN DIAPLIKASI
Analisa pertama yang saya boleh katakan apabila pertama kali menjejakkan kaki dan seterusnya membaca keseluruhan teknik serta cara-cara untuk menjadi seorang usahawan berjaya,saya sudah tertarik. Blog beliau sangat ringkas tetapi padat. Penuh dengan info yang berguna serta tidak terlebih-lebih. Mudah untuk difahami dan diaplikasi lebih-lebih lagi bagi seorang anak muda yang baru nak mengenal dunia perniagaan yang sebenar seperti saya. Melalui teknik-teknik yang diberikan itu juga,buat saya lebih bersemangat untuk menjenamakan semula perniagaan online saya kepada tahap yang lebih baik lagi.
ANAK MUDA SI PENDAMBA ILMU
Kedua,saya adalah seorang anak muda yang sangat sukakan ilmu. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan perihal perniagaan. Hati saya meronta-ronta untuk menjadi seseorang'di mata keluarga , sahabat handai , dan juga masyarakat di sekeliling saya. Apa yang saya maksudkan dengan seseorang ialah saya ingin menjadi manusia berguna yang seterusnya mampu membantu orang lain di saat mereka berada di dalam kesusahan hidup. Saya juga pernah berada di tempat mereka jadi saya tidak mahu mereka mengalami nasib yang sama seperti saya. Saya mahu mereka bersama-sama dengan saya memajukan diri untuk kehidupan yang lebih baik di masa akan datang.

JADI USAHAWAN YANG BIJAK
Alhamdulillah,setelah beberapa hari menganalisa serta mempelajari teknik-teknik yang diberi,akhirnya saya mulai faham bagaimana untuk menjadi seorang usahawan yang bijak. Banyak perkara yang perlu dititikberatkan. Antaranya ialah dari segi penggunaan tatabahasa baik ketika menulis entri untuk catatan peribadi harian ataupun ketika mempromosikan perniagaan sedia ada. Saya juga percaya dengan pepatah penulisan melambangkan keperibadian anda. Apabila saya meneliti gaya penulisan tokoh-tokoh terkenal baik dalam bidang perniagaan mahupun selainnya,memang ada tarikannya yang tersendiri. Selain dapat menjaga keindahan Bahasa Melayu kita,gaya penulisan mereka juga menampakkan kematangan. Saya percaya,cara pemikiran mereka juga bukanlah pemikiran yang biasa-biasa tetapi luar biasa. Idea untuk menulis sentiasa ada bahkan semakin bertambah dari semasa ke semasa. Kalau ikutkan hati,setiap jam nak buat entri baru tetapi harus akur dengan kekangan waktu dan komitmen yang harus didulukan.

TAK MENOLEH KE BELAKANG LAGI
Langkah seterusnya yang diambil ialah dengan terus membuat latihan yang diberi tanpa berasa penat dan jemu . Bidang penulisan adalah bidang yang sangat saya cintai . Jiwa saya di sini . Saya ingin terus berkarya , mengasah bakat kurniaan Allah yang terpendam lama dalam diri dan dalam masa yang sama , memantapan lagi perniagaan online saya yang sedia ada sekarang . Keyakinan dalam diri saya juga mulai bertambah ketika entri ini sedang dikarang . ' Pena semakin ligat menari di atas lembar maya kian terisi dengan ilmu bermanfaat ' . Saya suka mengarang tinta kata ringkas untuk motivasi diri dan juga orang lain yang memerlukan . InsyaAllah saya akan menggunakan pemberian Allah ini dengan sebaiknya.

HARAPAN DI HATI
Akhir
sekali,saya berdoa kepada Allah semoga ilmu yang sedang saya pelajari
kini diberkati oleh-Nya dan saya juga turut mendoakan kesejahteraan Kak
Masayu serta para sahabat saya yang sedang membaca monolog Pendamba Ilmu ini,dengan
harapan semoga setiap entri yang saya karang dapat memberi manfaat
kepada setiap orang yang membacanya. Saya juga berharap semoga lebih
ramai lagi sahabat kita di luar sana yang sedar akan peri pentingnya
ilmu pengetahuan untuk diaplikasi dalam kehidupan seharian baik secara
langsung mahupun tidak langsung.
Sekian ,terima kasih .
Comments
Post a Comment