Rezeki Dari Penulisan di Blog

Ini antara peluang dan rezeki dari penulisan di blog.
Kongsi kisah menarik, kisah harian, kisah berkaitan dengan tajuk utama, apa sahaja. Tulis secara santai pun tidak mengapa tapi kekalkan bahasa melayu penuh dan susunan ayat yang betul. Kita tidak tahu bila peluang akan singgah. Bila-bila masa editor di luar sana akan mengintai blog-blog kita dan berminat untuk dimasukkan ke dalam majalah. Tidak mustahil juga untuk dibukukan. 
Yang penting konsisten. Tulis dan tulis. 

Untuk permulaan menulis, jangan terlalu mengharap pengiktirafan atau sebagainya. Tulis dan kongsi sahaja. Ikhlas dan niat berkongsi untuk membantu orang lain. Insya Allah penulisan kita akan lahir dari hati yang ikhlas. Rezeki kita juga pasti akan datang.

Tahniah kekanda, Sariah. Beliau seorang protege kelas yang tidak jemu bertanya, tidak jemu untuk menulis walaupun pelbagai kekangan dan cabaran yang datang. Ada kala berbekal telefon yang comel sahaja, beliau masih sempat menulis entri untuk hari tersebut. 

Meminjam ketabahan dan kecekalan beliau sebagai ibu tunggal, saya doakan beliau sentiasa success dan terus berjaya. 
 
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
Alhamdulilah, syukur diatas segala nikmat yang diberi. Tidak sia-sia menulis hampir setiap hari di blog yang tidak seberapa itu, akhirnya membuahkan hasil. Kekadang rasa malu juga sebab inilah pertama kali kisah tentang arwah anak disiarkan di sebuah majalah tempatan. Tidak sangka perkongsiaan tentang kisah penyakit arwah anak adalah suatu titik permulaan untuk mengorak langkah yang lebih jauh di dalam bidang penulisan.
Sejak dari zaman persekolahan amat minat menulis diari dan tidak pernah sehelai pun diari itu saya biarkan ianya kosong sahaja. Kekadang walau coretannya tidak banyak, namun saya tetap berusaha untuk menulis di dalam diari kesayangan itu.
Untuk pengetahunan semua, saya mendapat peluang untuk menulis di majalah apabila tulisan saya di blog saya iaitu TRAVELOG KEHIDUPAN dibaca oleh seorang editor majalah dan tertarik dengan suatu entri tentang perkongsiaan menjaga anak-anak yang sakit kronik. Kisah bermula tentang arwah anak serta cara-cara menjaga anak-anak yang sedang sakit.
Editor majalah yang dimaksudkan itu ialah Nik Fauziah Nik Husin dari majalah Muslimah. Walaupun banyak kesilapan di sana dan sini namun dia telah berusaha sebaik yang mungkin untuk menyiarkan kisah arwah anak untuk majalah Muslimah keluaran September .
Semuanya berlaku begitu pantas dan saya sudah berusaha sebaik yang mungkin menulis tentang kisah penyakit arwah anak tersebut.
Walaupun saya tidak pasti apakah saguhati yang menanti hasil dari penulisan ini, namun jauh di sudut hati tetap bersyukur dengan peluang yang diberikan oleh editor majalah tersebut.
Semoga dengan tersiarnya kisah tentang arwah anak ini akan membangkitkan lagi semengat untuk saya menulis da terus menulis berdasarkan pengalaman hidup yang telah saya lalui selama ini.
http://sariahawangsenik.blogspot.com/

Comments

Popular Posts