Rezeki Bisnes
Teks : Anys Idayu Hj Zakaria
Lamanya rasa tak berkongsi di sini. Hari ini saya saja nak kongsi sedikit kegembiraan bila buat bisnes sendiri. Alhamdulillah, rezeki di akademi bekerja di rumah (ABDR) bulan lepas saya dapat kumpul duit untuk perbaharui road tax kereta semuanya melalui pendapatan di ABDR. Alhamdulillah, syukur Allah permudahkan lagi urusan saya. Sebenarnya dari awal bulan Ogos saya sudah tercari-cari tempat untuk perbaharui insurans kereta yang akan tamat tempoh semalam. Melalui perkongsian di fb, rakan fb saya perkenalkan dengan salah seorang agen insurans, Delly Daily. Memang mudah sangat saya berurusan dengan beliau. Awal bulan saya semak dulu harga insurans yang perlu dibayar. Mula buat kira-kira duit yang perlu disimpan. Jumlah biasa lebih kurang sama juga dengan tahun sebelumnya dalam lingkungan RM700 lebih insurans dan roadtax. Kalau mengharapkan duit gaji sahaja pening juga kepala saya nak fikir.
Alhamdulillah, terima kasih kepada rakan yang telah perkenalkan saya dengan Delly. Insurans dapat diperbaharui dengan mudah dan cepat sangat. Bagi yang nak perbaharui insurans, boleh la hubungi beliau ya.
Alhamdulillah, melalui abdr, berkongsi tentang produk akademi, kelas online blog dapat saya kumpul duit untuk insurans kereta. Proses berbisnes yang sangat mudah sebagai pengurus online akademi merangkap guru online. Untungnya kita bina pendapatan berganda, bila masa-masa terdesak seperti ini memang sangat berguna. Kalau tak guna untuk keperluan, kita boleh simpan terus untung bisnes tu.
Bagi yang nak tambah pendapatan bolehla mula
belajar melalui perkongsian di blog, bina dan kumpul pembaca dan
pengikut. kemudian belajar jadikan blog sebagai tempat untuk kita
letakkan iklan, melalui setiap perkongsian.
Semua cara ini boleh dipelajari dalam kelas online blog, melalui pendaftran sebagai rakan niaga/pengurus online akademi. Untuk tahu lanjut tentang pengurus online, kalian boleh baca di sini ya http://anysidayu.blogspot.com/2014/07/bagaimana-cara-menjana-pendapatan.html.
Semua cara ini boleh dipelajari dalam kelas online blog, melalui pendaftran sebagai rakan niaga/pengurus online akademi. Untuk tahu lanjut tentang pengurus online, kalian boleh baca di sini ya http://anysidayu.blogspot.com/2014/07/bagaimana-cara-menjana-pendapatan.html.
Bagi yang belum gandakan pendapatan, inilah masa yang sesuai. Saya ada terdengar pepatah daripada seorang ahli bisnes, ''Jangan kita mulakan sesuatu bisnes bila kita perlukan bisnes tersebut. Tapi mulalah dari sekarang''. Maksudnya kita perlu mula dari sekarang. Mula kumpul pendapatan dan bina rangkaian. Bila waktu terdesak, kita mahukan duit lebih kita sudah ada backup.
Bagi yang sedang mencari peluang berbisnes boleh la mulakan dari sekarang, sebelum terlambat. Insya Allah sangat banyak manfaatnya.
Comments
Post a Comment