Berkongsi keterujaan Intan Haji Daud, antara pelajar perintis kelas Asas
Blog dan Penulisan Kreatif kelas Monalita Mansor melihat cek pertamanya
untuk cerpen pertamanya yang berjudul Goyah yang tersiar di majalah
Wadah Siswa.
Menulis adalah proses. Intan mendaftar pada tahun
lepas, dan beliau bukan penulis. Saya ulangi, Intan Hj Daud bukan
penulis. Beliau hanya pembaca novel tegar dan kemudiannya menggunakan
panca indera keenamnya dan kesungguhan yang bukan sedikit untuk
belajar.
GAMBAR : Koleksi peribadi
Alhamdulillah... hasil pertama dalam penulisan sudah di depan mata. Cuma
yang pernah merasa tahu gembiranya macamana... Yang pasti, semangat
untuk terus berada dalam bidang ini semakin meningkat. Kepercayaan
kepada kemampuan diri sendiri juga mula bercambah.
Terima kasih kepada guru penulisan online saya Puan Monalita Mansor.
Walaupun saya tergolong dalam golongan pelajar yang degil dan banyak
songeh, berkat kesabaran dan bimbingan beliau, selangkah demi selangkah
saya mula berganjak. Sesungguhnya keputusan memasuki Kelas Asas Blog
Penulisan Kreatif (Guru Online Monalita) adalah satu keputusan yang
tepat.
Doakan saya dapat melangkah lebih jauh lagi dengan menyiapkan sebuah
manuskrip novel (Mahar Cinta Cik Sitam). Dalam perancangan awal, saya
akan cuba menyiapkannya sebelum berakhirnya tahun 2014.
****Lagi 13 cerpen, balik la modal beli laptop.****
________________________________________________________________________________
Bagi mereka yang ada cita-cita untuk menjadi penulis cerpen atau novel, boleh mula belajar menulis
dan asah bakat dalam kelas penulisan kreatif anjuran ABDR. Kelas ini akan diajar oleh salah seorang
antara dua novelist hebat tanah air. Kelas juga lebih mudah dan santai, kerana hanya atas talian
sahaja.
Bagi yang mahu sertai kelas ini, boleh hubungi saya untuk pendaftaran
Email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms/ wtsapp : 017-7912993
Comments
Post a Comment