Belian Ebook Amal Gaza
Teks : Anys Idayu Hj Zakaria
************************************************************************
Hari ini sudah 22 Ramadhan, sudah penghujung ramadhan. Sudah masuk 10 Ramadhan terakhir minggu ini. Apa KPI kita untuk ramadhan kali ini. Sayunya hati Ramadhan bakal berakhir. Istiqomah dan sentiasa berdoa pada Allah supaya dapat qiam untuk 10 malam terakhir ini. Kita perlu tekan minyak lebih sikit untuk terus gandakan pahala. Nak rebut peluang pintu-pintu syurga yang Allah buka.
Minggu sudah kita dikejutkan dengan berita kesedihan dan kepiluan, kapal terbang MH 17 yang telah ditembak jatuh. Allahuakbar. Negara diuji lagi dengan berita menyayat hati ini, selepas beberapa bulan kehilangan MH 370. Takziah untuk semua waris penumpang, sahabat handai, krew dan anak kapal. Semoga tabah menerima ujian yang sangat berat ini.
Takdir dan ujian Allah datang sekelip mata. Tanpa kita duga. Hari ini sihat, esok sudah sakit. Hari ini kita bergelak tawa, esok sudah tiada. Apapun kita harus bersedia, sentiasa mengingati mati dan sentiasa redha dan tabah dengan ujian Ilahi. Minggu lepas juga, saya diuji, tanpa diduga agaknya tersalah makan, seharian sakit perut dan cirit birit. Patutlah sehari rasa badan lemah sangat, perut pula tak henti-henti memulas. Ujian sakit sehari dua mengingatkan saya supaya lebih berhati-hati memilih makanan.Alhamdulillah, 2 hari selepas makan ubat sudah beransur sihat.
Hujung-hujung Ramadhan pasti ramai sudah berebut-rebut mahu buat persiapan raya. Saya sendiri tiada satu pun lagi yang siap. Mungkin beberapa hari lagi cuba ambil masa untuk keluar beli keperluan raya kakak dan adik. Saya sendiri tak da masalah. Boleh guna apa yang ada dan masih baru. Untuk mereka berdua, mahu beri keseronokan pada kakak yang asyik bertanya bila mahu beli pakaian raya.
Apa pun, jangan lupa sentiasa terus istiqomah melakukan ibadah 10 Ramadhan terakhir ini, merebut pahala berganda-ganda, mencari Lailatul Qdar.
Salam takziah, al fatihah untuk semua keluarga mangsa pesawat MH 17
Doakan juga keselamatan semua umat Islam di Gaza.
Jumpa lagi di entri akan datang.
Salam sayang :)
************************************************************************
Bismillah. JUALAN AMAL GAZA
Setiap pembelian ebook 101 idea home based bisnes, sebanyak RM40 akan disalur dan disedekahkan ke tabung AMAL GAZA. Semoga sedikit sumbangan kita membantu meringankan beban umat islam di sana. Insya Allah.
EBOOK 101 IDEA HOME BASED BISNES (RM 50)
Bab 1: 101 Idea Home Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4: Strategi Pemasaran Online
Bab 5: Strategi pemasaran Offline
Bab 6: Operasi Dari Rumah
Bab 7: Khidmat Pelanggan Online
Bab 8: Produk digital vs produk fizikal
Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses
Setiap pembelian ebook 101 idea home based bisnes, sebanyak RM40 akan disalur dan disedekahkan ke tabung AMAL GAZA. Semoga sedikit sumbangan kita membantu meringankan beban umat islam di sana. Insya Allah.
EBOOK 101 IDEA HOME BASED BISNES (RM 50)
Bab 1: 101 Idea Home Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4: Strategi Pemasaran Online
Bab 5: Strategi pemasaran Offline
Bab 6: Operasi Dari Rumah
Bab 7: Khidmat Pelanggan Online
Bab 8: Produk digital vs produk fizikal
Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses
Bagi yang berminat mahu dapatkan ebook ini, membeli sambil menderma boleh hubungi saya di
email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms/ wtsapp : 017-7912993
atau isi terus borang tempahan di sini dan nyatakan 'BELIAN EBOOK AMAL GAZA''
Comments
Post a Comment