Ulasan Ebook Belajar Asas Blog - Wan Rohaniah
Ulasan Ebook - Asas Blog Penulisan
Teks: Wan Rohaniah Wan Abdullah
Gambar: Akademi Bekerja di Rumah
Alhamdulillah, akhirnya betul-betul khatam ebook ni. Dua kali saya baca.
Untuk betul-betul fahamkan. Seronok membacanya kerana banyak tips yang
diberikan. Terutama sekali tips penulisan. Begitu juga tips bagaimana
menjadikan blog kita satu blog yang berpengaruh dan disukai orang untuk
membacanya.
Di dalam buku ini juga ada menyatakan mengenai idea untuk menulis.
Memang benar seperti yang ditulis, ada masanya kita buntu dan tidak
mempunyai idea untuk menulis di blog. Apatah lagi ingin menulis setiap
hari.
Pengalaman sendiri. Saya dahulu mempunyai tiga blog yang berasingan,
dibina berdasarkan minat dan juga pengalaman yang saya ada. Di awalannya
setiap hari saya menulis di ketiga-tiga blog tersebut. Tetapi
lama-kelamaan, saya keputusan idea. Di tambah pula dengan kesibukan
dengan tugas harian menyebabkan semakin lama blog saya itu semakin
ditinggalkan.
Di dalam ebook ini ada berkongsi cara bagaimana untuk kita sentiasa
mempunyai idea untuk menulis. Yang penting adalah baca, tulis, baca,
tulis. Dengan ini semakin hari idea kita makin bertambah.
Saya juga suka membaca mengenai tips penulisan. Dari segi nahu bahasa,
penggunaan tanda bacaan dan juga struktur tulisan. Setiap kali ingin
menulis perlu ada rangka terlebih dahulu, barulah penulisan menjadi
lancar dan tersusun.
Sesungguhnya, ebook ini memang sesuai untuk mereka yang ingin berjinak-jinak dengan blog dan penulisan.
_______________________________________________________________________
Tips asas blog, meninggalkan nama kita pada jejak google dan memudahkan carian pelanggan.
Pelanggan suka beli melalui usahawan online yang dikenali, ini sangat
penting bagi suri yang sangat baru dan baru membina tapak untuk jualan
online.
Analisa asas sebelum memulakan create blog, mula dengan penjenamaan email
Tips jejak google
1. Nama kita sebagai penjenamaan
2. Email juga penjenamaan
3. Blog
Tiga perkara di atas sangat penting membina tapak kita dalam carian google
sekarang letak nama masing-masing, sudah timbul atau belum
Jangan letak nama pelik-pelik, nama kitalah yang perlu kita jenamakan dan pasak dalam carian google
Perkara pertama sebelum create blog, daftar dahulu email berdasarkan nama sendiri mengikut ic.
Boleh daftar mana-mana kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fanpage mula bisnes
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan ebook pertama
5. Kelas penulisan kreatif
6. Kelas telekung solat borong dan runcit
7. Kelas asas wordpress
8. Kelas mula bisnes makanan sunnah
9. Kelas mula bisnes projek raya
10. Kelas akaun online/offline
11. Tempahan blog bisnes 5 hari siap
12. Beriklan dengan kami di pautan 750 blog
13. Pendaftaran pengurus online/rakan niaga Akademi Bekerja Di Rumah.
Keterangan lanjut ada di sini http:// akademibekerjadirumah.blogspot. com/
Bagi kalian yang sudah sedia untuk bermula, boleh daftar dan pm. Kami bersedia membantu
Comments
Post a Comment