Ulasan Ebook Belajar Asas Blog - Fiza Aziz
Teks: Norafiza Abdul Aziz
Assalamualaikum wbt.
Assalamualaikum wbt.
Suka-duka kehidupan adalah lumrah dalam hidup setiap insan. Tidak
dinafikan kita semua mempunyai masalah yang rasanya amat berat untuk
kita menanggungnya. Kita juga punya impian untuk menggapai bahagia.
Namun semua itu harus kita lalui jua. Tak semua insan bahagia
senantiasa, tidak semua juga insan derita berpanjangan. Malah semua itu
bisa memberi kita kekuatan dan juga menjadi pengalaman berharga suatu
hari kelak. Roda kehidupan sentiasa berputar dalam meniti hari hari yang
masih tinggal buat kita sebelum dijemput Sang Pencipta.
Begitulah saya meneruskan kehidupan. Terus-terusan mencari jalan untuk
'transform' diri menjadi lebih kuat. Langkah pertama telah saya mulakan.
Setelah melanggan eBook Jana Wang Di Rumah tulisan Pn. Masayu Ahmad, saya
baca dan kaji kandungannya. Ternyata ianya memberi kesan yang mendalam
kepada saya. Seakan-akan pencarian saya bakal bertemu jawapan yang saya
cari selama ini. Saya semakin bersemangat apabila mendapat tahu, bukan
saya sahaja yang mengalami masalah terutama tentang dilema antara
kerjaya dan keluarga. Sudah ramai suri yang berkerjaya mempunyai
perasaan yang sama. Saya amat berterima kasih Pn. Masayu Ahmad. Kerana
melalui ilham yang dikurniakan Allah kepada beliau, beliau telah memberi
inspirasi kepada saya dan ramai lagi suri diluar sana melalui
tulisannya.
Melalui eBook Jana Wang Di Rumah, saya meneruskan pencarian dengan melayari blog beliau di http://naufalsayang.blogspot.com/. Dari blog beliau saya terjumpa satu lagi eBook tulisan beliau iaitu Belajar Asas Blog. Hati
sudah berbunga-bunga kerana saya sudah temui sesuatu yang saya cari
selama ini. Sebenarnya sudah lama saya teringin untuk mempunyai blog
sendiri. Tapi tidak tahu cara. Pernah bertanya dengan En. Google, tapi
setakat tajuk saja yang saya sempat buat. Ini semua gara-gara tiada
motivasi dan kononnya nak jadi misteri macam penulis novel kegemaran
saya Hlovate. Berangan tak sudah,he he. Jadi, tanpa membuang masa saya
terus membeli eBook Belajar Asas Blog tersebut. Apabila dapat
sahaja email saya terus muat turun dan mula membaca. Daripada situ baru
saya dapat tahu tentang kepentingan membina jenama sendiri terutama
apabila kita ingin membina blog bisnes. Agak malang bagi orang yang
kurang mahir tentang IT macam saya ni . Walaupun sudah diterangkan
secara terperinci dalam eBook berkenaan tentang cara-cara membina blog
yang berpengaruh namun saya rasa saya memerlukan lebih dari itu. Saya
memerlukan seorang guru. Lalu, saya meneruskan lagi pengembaraan mencari
ilmu dengan membaca kembali blog Pn.Masayu Ahmad. Dan saya terpandang
satu logo yang menarik perhatian saya.
Apakah logo itu? Adakah pencarian saya akan berakhir dengan penemuan logo berkenaan?
Saya akan sambung pada entri akan datang.
*setiap entri yang bersambung saya akan tandakan dengan simbol (#) diikuti dengan nombor, contoh #1,#2 dan seterusnya*
*dah macam siri cerita detektif Conan je :-) *
............................................................................................................
Untuk melanggan eBook, boleh email saya atau pm saya di fb/fan page
Comments
Post a Comment