Tip Khatam Al Quran Sebulan Ramadhan
Teks : Anys Idayu Hj Zakaria
Alhamdulillah, selasa lepas selesai kursus kerohanian anjuran pejabat, menjelang Ramadhan. Sikit perkongsian intipati kursus yang telah saya hadiri.
Untuk kita mendapat hidayah Allah swt, kita perlu sentiasa hadiri majlis-majlis ilmu. Suka hadiri majlis zikir, sentiasa bergaul dengan orang cerdik pandai dan tinggalkan rakan taulan yang buruk perangainya.
Ada 3 laluan kita ke syurga
1. Dengan rahmat dan belas kasihan Allah swt
2. Dengan keampunan Allah swt
3. Dengan syafaat Nabi Saw.
Sebenarnya hari ini saya nak berkongsi tip mudah untuk kita khatam Al Quran sebulan dalam bulan Ramadhan ini. Saya mula dapat tips ini dari tahun lepas dari fanpages Ustazah Siti Nor Bahyah. Tahun lepas memang saya ikut panduan ini, tapi hanya sekerat jalan sebab dah terlepas beberapa hari pertama.
Alhamdulillah, walau tak dapat khatam sendiri dengan panduan tips ini, saya dapat juga khatam bertadarus dengan rakan pejabat. Tahun ini saya berazam untuk ikut tip ini, dan baca sehingga khatam. Semoga Allah swt panjangkan usia, untuk kita lalui Ramadhan kali ini, tinggal tak berapa hari sahaja lagi. Insya Allah.
Hari pertama:
surah al-Fatihah ayat 1-7
surah al-Baqarah ayat 1-141
Hari ke-2:
surah al-Baqarah ayat 142-252
Hari ke-3:
surah al-Baqarah ayat 253-286
surah Ali 'Imran ayat 1-92
Hari ke-4:
surah Ali 'Imran ayat 93-200
surah an-Nisa' ayat 1-23
Hari ke-5:
surah an-Nisa' ayat 24-147
Hari ke-6:
Surah an-Nisa' ayat 148-176
Surah al-Maidah ayat 1-81
Hari ke-7:
Surah al-Ma'idah ayat 82-120
Surah al-An'am ayat 1-110
Hari ke-8:
Surah al-An'am ayat 111-165
Surah al-'Araf ayat 1-87
Hari ke-9:
Surah al-'Araf ayat 88-206
Surah al-Anfal ayat 1-40
Hari ke-10:
Surah al-Anfal ayat 41-75
Surah at-Taubah ayat 1-92
Hari ke-11:
Surah at-Taubah ayat 93-129
Surah Yunus ayat 1-109
Hari ke-12:
Surah Hud ayat 1-23
Surah Yusuf ayat 1-50
Hari ke-13:
Surah Yusuf ayat 51-111
Surah al-Ra'd ayat 1-43
Surah Ibrahim ayat 1-52
Hari ke-14:
Surah al-Hijr ayat 1-99
Surah al-Nahl ayat 1-128
Hari ke-15:
Surah al-Isra' ayat 1-111
Surah al-Kahfi ayat 1-74
Hari ke-16:
Surah al-Kahfi ayat 75-110
Surah Maryam ayat 1-98
Surah Taha ayat 1-135
Hari ke-17:
Surah al-Ambiya' ayat 1-112
Surah al-Hajj ayat 1-78
Hari ke-18:
Surah al-Mu'minun ayat 1-118
Surah an-Nur ayat 1-64
Surah al-Furqan ayat 1-20
Hari ke-19:
Surah al-Furqan ayat 21-77
Surah as-Syu'ara' ayat 1-227
Surah an-Naml ayat 1-52
Hari ke-20:
Surah an-Naml ayat 53-93
Surah al-Qasas ayat 1-88
Surah al-Ankabut ayat 1-45
Hari ke-21:
Surah al-'Ankabut ayat 46-69
Surah ar-Rum ayat 1-60
Surah Luqman ayat 1-34
Surah as-Sajdah ayat 1-30
Surah al-Ahzab ayat 1-30
Hari ke-22:
Surah al-Ahzab ayat 31-73
Surah Sabak ayat 1-54
Surah Fathir ayat 1-45
Surah Yasin ayat 1-27
Hari ke-23:
Surah Yasin ayat 28-83
Surah as-Saffat ayat
1-182
Surah Sad ayat 1-88
Surah az-Zumar ayat 1-31
Hari ke-24:
Surah az-Zumar ayat
32-75
Surah Ghafir ayat 1-85
Surah Fussilat ayat 1-54
Hari ke-25:
Surah as-Syura ayat 1-53
Surah az-Zuhruf ayat
1-89
Surah ad-Dukhan ayat
1-59
Surah al-Jathiyah ayat
1-37
Hari ke-26:
Surah al-Ahqaf ayat 1-35
Surah Muhammad 1-38
Surah al-Fath ayat 1-29
Surah al-Hujurat ayat
1-18
Surah Qaf ayat 1-45
Surah az-Zariyat ayat
1-24
Hari ke-27:
Surah az-Zariyat ayat
25-60
Surah at-Thur ayat 1-49
Surah an-Najm ayat 1-62
Surah al_Qamar ayat 1-55
Surah ar-Rahman ayat
1-78
Surah al-Waqiah ayat
1-96
Surah al-Hadid ayat
1-29
Hari ke-28:
Surah al-Mujadalah
Surah al-Hasr
Surah al-Mumtahanah
Surah as-Saf
Surah al-Jum'ah
Surah al-Munafikun
Surah at-Taghabun
Surah at-Talaq
Surah at-Tahrim
Hari ke-29:
Surah al-Mulk ~ Surah
al-Mursalat (juzuk ke-29)
Hari ke-30:
Surah an-Naba ~ Surah
an-Nas (juzuk ke-30)
Semoga kita sama-sama dapat keberkatan Ramadhan.
salam kasih sayang
- anies -
Comments
Post a Comment