Teknik Yang Betul Konsisten Menulis Blog
Ulasan Kelas Asas Blog Dan Penulisan
Guru Online : Anys Idayu Hj Zakaria
Protege : Zaridah Hj Hashim
Teks : Zaridah Hj Hashim
Guru Online : Anys Idayu Hj Zakaria
Protege : Zaridah Hj Hashim
Salam Semua!
Bagaimana Saya Bermula
Ianya bermula selepas saya terbaca satu artikel Pn. Masayu di Majalah 
Mingguan Wanita, maka timbul keinginan untuk mengenali beliau dan dalam 
masa yang sama saya ternampak satu "posting" dari Pn. Anys di FB Pn. 
Masayu. Lalu saya "add" Pn. Anys sebagai rakan Facebook saya.
Di pendekkan cerita, selepas saya menghantar "PM" kepada Pn. Anys untuk 
mengetahui matlumat lanjut tentang Kelas Asas Blog Dan Penulisan. Beliau
 menerangkan tentang pakej yang ditawarkan dan yuran yang perlu 
dijelaskan serta apa kelebihan yang boleh dapat dari penyertaan kelas 
ini, saya memilih untuk mengambil tawaran pakej Kelas Asas Blog Dan 
Penulisan memandangkan saya perlu mengetahui bagaimana untuk membuat 
blog dan penulisan yang menarik minat pengunjung.
Perlukan Bimbingan
Sebelum ini  saya juga telah mempunyai beberapa blog tetapi saya sangat 
teruja untuk memperlajari lagi tentang blog kerana selama ini saya hanya
 "out source" kepada individu yang membuat perkhidmatan "up-grade" blog 
untuk saya.
Sebenarnya saya rasa saya perlukan bimbingan dari mereka yang 
berpengalaman kerana saya perlu mengetahui teknik yang betul agar saya 
tidak meninggalkan blog saya seperti blog-blog saya yang terdahulu.
Harga Berpatutan
Bayaran yuran yang dikenakan untuk menyertai kelas sangat berpatutan dan
 berbaloi dengan ilmu yang saya perolehi memandangkan waktu pembelajaran
 adalah sangat fleksibel bergantung kepada waktu terluang saya kerana 
saya juga perlu menumpukan kepada bisnes online SHAKLEE saya.
Berpuashati
Secara peribadi, saya sangat berpuas hati dengan Kelas Asas Blog dan 
Penulisan yang saya sertai kerana banyak ilmu tentang blog dan penulisan
 yang telah saya pelajari. Alhamdulilah Cikgu yang mengajar saya juga 
iaitu Pn. Anys banyak berkongsi pengalamannya tentang penulisan serta 
memberi tips-tips kepada saya. Syukur kerana saya dapat mengenali beliau
 dan juga Pn. Masayu.
Saya rasa setakat ini dulu perkongsian dari saya, bagaimana permulaan 
saya dalam pembelajaran kelas secara alam maya ini. Ianya adalah satu 
landasan untuk mereka yang tidak mengetahui apa-apa tentang blog dan ia 
boleh menaikkan lagi kredibiliti seseorang untuk membina jaringan dan 
bisnes di alam maya ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyertai kelas ini, jangan tunggu lagi 
atau teragak-agak  kerana ianya suatu pelaburan yang sangat berbaloi dan
 bermanfaat untuk anda. Anda tidak akan rugi jika menyertai Kelas Asas 
Blog dan Pemulisan ini.
Anda boleh menghubungi saya untuk mengetahui bagaimana untuk bermula. 
Kami di Akademi Bekerja Dari Rumah  (ABDR) sangat mengalu-alukan 
penyertaan anda.
Senyum Selalu!
Comments
Post a Comment