Pasaran Internet Tidak Tepu

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria
Sumber : Harian Metro, 9 Jun 2014 (Ruangan Bisnes)


Memetik sedikit perkongsian daripada Internet Marketer, Irfan Khairi tentang pasaran internet. Baca lagi di sini apa perkongsian beliau

Irfan Khairi
Membeli belah melalui internet. Adakah pasaran kini tepu?

Jawapan dari beliau :
Tentunya tidak. Sememangnya kita melihat arena perniagaan internet adalah agak rancak di Malaysia di mana setiap hari dipenuhi inbox email serta Facebook News feed dengan pelbagai promosi perniagaan. Namun masih lagi banyak ruang-ruang kosong di pasaran yang masih lagi boleh dipenuhi. Teringat saya 15 tahun lalu, ketika saya menetap di United Kingdom bekerja, saya tidak lagi perlu ke kedai untuk membeli barangan dapur dan rumah.  Hanya memasuki laman web pasaraya, dan melakukan pesanan. Dalam masa 24 jam, pesanan barangan dapur akan tiba di hadapan rumah. 

Bayangkan, ini adalah perkara norma di barat 15 tahun lalu.  Kita di Malaysia baru tahun lalu diperkenalkan dengan cara beli-belah begini daripada pasaraya besar tempatan.  Jika dilihat keadaan ini, Malaysia masih lagi di tahap awal perusahaan internet tidak seperti di negara barat yang lebih maju.

Oleh kerana di tahap awal, maka masih banyak lagi ruangan pasaran yang belum lagi diterokai oleh usahawan Internet Malaysia.  Perlu lihat lebih dekat lagi idea perniagaan yang berbeza dengan apa yang sedia ada.  Mungkin juga lumrah di Malaysia di mana perniagaan sering dilihat mengamalkan dasar 'ikut-ikutan'.

Apabila ramai yang menjual tudung yang berjaya, makin ramai akan turut sama menjual tudung.  Apabila ramai yang menjual kuih-muih, makin ramai yang akan menjual kuih muih ketika musim perayaan.  Keadaan ini akan mengakibatkan persaingan yang tinggi dan juga pasaran menjadi tepu untuk mengaut keuntungan yang besar. Mungkin sesetengah yang menggunakan strategi perniagaan internet yang betul akan mendapat pendapatan yang besar.

Tetapi selebihnya akan mendapat sedikit atau tiada langsung. Bergantung kepada ilmu perniagaan dan usaha.

Saranan saya adalah untuk melihat produk dan perkhidmatan yang kurang diniagakan di Internet.  Caranya tidak sesukar mana. Pergi sahaja ke kedai, pasaray, kompleks membeli belah dan lihat sekeliling produk yang belum atau masih kurang lagi dipasarkan di internet. Sememangnya banyak serkiranya kita membuka mata dan minda untuk memerhati.

Tidak lupa, dengan melayari laman web perniagaan di barat yang sudah sememangnya sejak awal dekad ini sudah berkecimpung dalam perniagaan Internet dan pelbagai produk serta perkhidmatan yang belum lagi diniagakan di Malaysia.

Tidak salah mengambil idea-idea luar dan mengimplementasinya untuk dijual di Malaysia. Cuma jangan pula menjual barangan ciplak!!!!

(Petikan : Ruangan Bisnes, Harian Metro)

****************************************************************************
Bagi yang masih blur, dan tidak tahu bagaimana hendak mula, mahu berniaga apa. Kita boleh mula dengan menulis blog. 8 soalan analisa akan diberikan sebelum mula kelas. Untuk lihat kemahiran, kepakaran minat yang ada sebelum mula menulis dan membina blog. 

Dari analisa tersebut, sebenarnya kita boleh berkongsi idea dan pengalaman yang ada. Dan seterusnya boleh dijadikan untuk memperolehi pendapatan. 

Bagi yang mahu meluaskan produk di pasaran online. Suri ini perlu belajar menjual di fan page dan juga di blog. Siapkan borang tempahan produk, dan gabungkan blog dan fanpage sebagai satu saluran kedai online. Bina asas ini, untuk belajar proses jual beli, dan tapak asas itu boleh dinaik taraf kepada website shopping cart apabila sudah maju.

Mahu belajar teknik pemasaran melalui tulisan dan mempunyai blog berpengaruh. Semua orang sudah pandai menulis, tetapi tidak tahu teknik yang betul untuk membina blog yang berinformasi. Suri kategori ini perlu belajar asas blog dan penulisan untuk membina blog berpengaruh.

Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH :
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun wahm soho
7. kelas penulisan ebook
8. kelas blog borong telekung solat
9. kelas blog bisnes makanan sunnah
10. projek duit raya


Boleh pilih mana-mana kelas yang mahu turut serta, hubungi saya untuk pendaftaran kelas dan pertanyaan

Email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms / wtsapp : 017-7912993

Comments

Popular Posts