Perbankan Dalam Talian

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Bismillah.
Info ini saya ambil dari keratan akhbar. Tips mudah ini untuk kita yang biasa membuat urusan perbankan dalam talian

Melalui perbankn dalam talian kita mudah menguruskan sebarang transaksi perbankan bila-bila masa, di mana sahaja. Tanpa kesulitan, tanpa perlu keluar ke bank, semudah ABC. Antara tip yang dikongsi :

1. Semak akaun - semak akaun kita dengan mudah hanya dari rumh atau pejabat. Tanpa perlu menghubungi bank atau pergi ke cawangan berdekatan.

2. Pembayaran bil - Bayar bil pada bila-bila masa dan di mana sahaja kita berada. Hanya daftar dan uruskan pembayaran bil atas talian.
Saya sendiri suka set favourite siap-siap no akaun setiap bil yang memang selalu kita bayar setiap bulan. Jadi dengan mudah kita hnya buat pembayrn sahaja bila cukup bulan.

3. Urus pembayaran balik kad kredit dan pinjaman - Perbankan dalam talian membantu kita mnguruskan kredit dengan cekap supaya kita sentiasa mengetahui jumlah hutang. Tarikh pembayaran balik pinjaman dan transaksi akaun.

4. Pindah wang kepada rakan atau keluarga - pindahan wang kepada pemegang akaun lain melalui bank yang sama secara percuma sahaja. Atau caj rm 0.10 pindahan ke bank lain melalui GIRO antara bank.
Bagi pindahan wang ke akuan bank sama, wang akan dimasukkan serta merta ke akaun tersebut. Untuk pemindahn bank berlainan mengambil tempoh masa sehari bekerja selewat-lewatnya.

5. Urus kewangan dengan cekap - perbankan dalam talian mmbolehkan kita memantau akaun bank bila-bila masa sahaja. Dan memudahkan kita untuk menguruskannya.

Kita dinasihatkan menghubungi pihak bank untuk mengetahui cara mendaftar dan memulakan transaksi dalam talian dengan selmat.

Semoga bermnfaat!!!!

Jumpa lagi.

Comments

Popular Posts