Peluang Menulis Novel Sendiri

Versi Cinta Nin - Buah Tangan Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Koleksi NiN

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Tanggal 16 Mei 2014 merupakan tarikh yang bermakna buat semua warga guru. Sementelahan pula diwarnai dengan jatuhnya pada penghulu segala hari, Sayiidul Ayyam, Jumaat nan mulia. Tidak terkecuali buat seorang guru daripada kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif yang menerima berita bahawa proposal novelet tiga orang protege kelas tersebut sudah dipersetujui untuk diterbitkan.

Protege tersebut;
Nur Dila Mahauddin, blog : D Chief Tomyam Seafood,
Nurhidah Halun, blog : Misi Tulis Baca
dan Intan Haji Daud blog : Sekoci dan Tinta Intan Yumerza Daud

memasuki kelas tersebut pada waktu, tarikh dan masa yang berbeza. Mereka bertemu, mesra dan akrab di dalam kelas tersebut sebelum mencetuskan idea untuk menghasilkan novelet 3 dalam 1 sebagai signifikan keberhasilan mereka menyertai kelas tersebut.

Sebelum itu, Intan Haji Daud mendahului rakan-rakan dengan tersiarnya cerpen beliau yang pertama, Cik Sitam Blogger di majalah Mingguan Wanita bilangan 1591. Terima kasih pada pasukan editorial MW kerana sudi menyiarkan kisah suri rumah tangga kelam kabut mahu menjadi blogger yang akhirnya terpaksa membahagi dua dirinya. Sinonim dengan peserta ABDR, pada awal penglibatan mereka sebagai WAHM.
Manuskrip novelet tersebut sedang dalam bikinan untuk disiapkan dengan pantauan rapi serta suntingan guru kelas tersebut itu sendiri. Nyata, dunia penulisan bukan sebuah kisah dongeng buat mereka bertiga ini. Nyata, kemahuan perlu dilampiaskan dengan kesungguhan dan berguru serta semangat berpasukan yang jitu yang ditunjukkan oleh mereka.

Ternyata Akademi Bekerja Dari Rumah, sebenarnya membuka lembaran baru buat mereka, sejajar dengan minat dan kemahiran yang mereka ada. Hasrat mereka bukan kepalang tinggi, sedang dalam usaha untuk menerbit sendiri dengan perancangan dan strategi.

Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif mungkin hanya sebuah kelas dengan dua orang tutor yang berpengalaman menulis dan sudah bergelumang dengan dunia penulisan sekian lama. Ia juga membantu anda dengan e-book seperti 101 Tips Penulisan Novel tulisan Cikgu Mazlia Murat. Namun lebih daripada itu, ia menawarkan pengalaman persahabatan, kejituan semangat berpasukan dan ilmu di dalam caranya sendiri.

Grup NiN boleh 'difollow' di sini ; https://www.facebook.com/groups/742095219157772/
____________________________________________________________________________
 
Bagi yang bercita-cita mahu menghasilkan novel atau cerpen sendiri, bolehlah sertai kelas ini. Berjinak-jinak dalam dunia penulisan dahulu, sebelum mula mengorak langkah ada cerpen sendiri.
 
Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?

Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan, dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif.
Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen, dan travelog pengalaman.
Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat, dan perkataan.
Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.

2. Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah untuk saya?

Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Kasih. Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk menulis novel.

3. Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?

Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali, seminggu sekali. Terpulang pada pelajar. Tiada waktu yang spesifik. Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB. Setiap kali siap tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen). Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.

4. Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan?

Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu, menunjukkan jalannya.

5. Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan?

Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab), boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas.
Kalau manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas. Pelajar dan guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan.

Belajar menulis cerpen dalam kelas ini bersama dua novelist terkenal.

Untuk pendaftaran kelas ini, boleh hubungi saya :

Email : anysidayuzakaria@gmail.om
sms /wtsapp : 017-7912993

Comments

Popular Posts