Bersalin Alami
Ebook Bersalin Alami
Hanya RM 25 SAHAJA
Terus tempah di sini 
Pengalaman Pertama
Izinkan saya menceritakan pengalaman bersalin. Ternyata perjuangan sebenar bagi seorang perempuan adalah setelah dia berkahwin.
Pengalaman ketika menunggu waktu untuk melahirkan anak pertama sangat mendebarkan. Orang kata sakit sangat. Ada orang lain kata seperti sakit senggugut tapi 10 kali ganda lebih dasyat. Aduhai, berdebar sangat rasa apatah lagi masa tu kandungan dah mencecah 38 minggu.
Pengalaman ketika menunggu waktu untuk melahirkan anak pertama sangat mendebarkan. Orang kata sakit sangat. Ada orang lain kata seperti sakit senggugut tapi 10 kali ganda lebih dasyat. Aduhai, berdebar sangat rasa apatah lagi masa tu kandungan dah mencecah 38 minggu.
Selepas
 keluar tanda bersalin iaitu tompokan darah yang sedikit, suami bawa ke 
hospital. Malangnya hospital di Putrajaya dan sekitarnya tidak terima 
masuk sekiranya bukaan serviks di bawah 3cm. 
"Bagaimana nak tahu bukaan serviks itu sudah 3cm dan lebih?"
Begitulah soalan saya kepada doktor. Kira-kira sudah 3 kali saya asyik berulang alik ke hospital kerana menyangkakan sudah hampir bersalin. Pada masa tu, dah mula rasa perut kejang dan sakit.
Justeru
 kami terus ambil keputusan mahu pulang ke kampung. Dalam perjalanan, 
saya elok sahaja. Tak pula sakit. Pada tengahari keesokan harinya, saya 
pergi ke Hospital Pontian dan diterima masuk ke sana. Jururawat suruh 
masuk sahaja lagipun di dalam wad lengang sahaja. Duduk-duduk rehat 
katanya.
Memang
 betul saya duduk-duduk rehat sahaja. 2 hari 2 malam bercuti di 
hospital. Makan, tidur, baca Al-Quran dan solat apabila tiba waktu 
solat. Sekali sekala saya dukung bayi yang baru dilahirkan. Cium 
kuat-kuat. Comel! Subhanallah...
Kesakitan yang Tenang
Kisah
 semangat ini bermula apabila rakan sebilik saya yang juga seorang 
ustazah mahu melahirkan anaknya yang ketiga. Pada malam kedua saya di 
sana, beliau memberitahu saya akan gerak hatinya mahu melahirkan anaknya
 pada malam ini. Hati ibunya gelisah kerana sudah 2 hari meninggalkan 
rumah. Apa cerita pada 2 anaknya yang lain itu.
Saya
 melihatnya hanya terbaring mengiring sahaja. Kadang-kadang duduk mahu 
minum air. Beliau mengiring ke arah saya. Saya melihat wajahnya dengan 
jelas. Beliau selalu menutup matanya. Tapi bukan tidur. Beliau sedang 
bercerita pada saya akan nikmatnya menjadi seorang ibu. Saya sedang 
mendengar ceramah agama 'live' daripada seorang ibu yang bertarung 
kesakitan mahu melahirkan anak! 
Saya
 teringat-ingat wajahnya yang manis itu. Banyak tersenyum apabila 
berkata-kata. Tiba-tiba beliau turun dari katil dan segera betulkan 
kainnya. Kainnya basah! Baru saya tahu itulah air ketuban. Banyak hingga
 menitik ke lantai. Saya tawarkan diri mahu memanggil jururawat. Ketika 
itu sudah pukul 4 pagi. Kami tak tidur malam itu. Beliau menolak kerana 
mahu berjalan sendiri. Beliau jalan perlahan-lahan.
Saya hanya melihatnya berjalan sehingga beliau masuk ke bilik bersalin. Tak sampai 15 minit, saya terdengar suara bayi menangis.
Allahuakbar!
Selepas subuh, apabila beliau masuk sahaja ke bilik, saya dengan tak sabarnya bertanya padanya dengan soalan bertalu-talu.
"Akak, senangnya bersalin! Tak sakit ke?" 
Beliau tersenyum sahaja. Beliau berdoa semoga saya bersalin sebelum beliau dibenarkan keluar. Beliau mahu membimbing saya.
Tengahari
 itu juga saya sudah terasa sakit. Sakit yang tak pernah dialami sebelum
 ini. Menggeletar gigi dan seluruh tulang mahu menahan rasa sakit ini. 
Air mata keluar tanpa sedar.
Pukau
Kakak
 sebilik tadi terus menerus memukau saya dengan alunan zikir. Beliau 
menyuruh saya berzikir bersama-sama. Kata-kata nasihat terus menerus 
masuk ke telinga saya. Masyaallah, sampai sekarang masih 
terngiang-ngiang nasihatnya sepanjang tempoh paling getir dalam hidup 
saya.
Pada
 masa inilah, kurma masuk ke mulut saya terus menerus. Sentiasa 
mengunyah kurma sepanjang masa. Apabila dahaga, minum air masak sahaja. 
Begitulah pesannya.
Bersalin
Alhamdulillah,
 suami dapat menemani saya ketika di dalam bilik bersalin. Rupa-rupanya 
bayi saya berada pada kedudukan mendongak. Maka, saya mengambil masa 1 
jam ketika proses mahu meneran. Sangat lama. Alhamdulillah, jururawat 
bagi saya masa dan tak paksa ketika proses mengeluarkan bayi. 
Saya
 sangat bertenaga pada waktu tersebut. Malah, sehingga waktu selepas 
melahirkan. Saya aplikasikan juga teknik memakan kurma semasa mahu 
melahirkan anak kedua. MasyaAllah, kali ini lebih dan sangat bertenaga. 
Yelah, 2 kotak kurma saya makan. 
Rasa bersalin kali kedua, perasaannya sama sahaja seperti selepas membuang air besar. Tak sakit dan rasa lega sangat kat perut! Boleh baca cerita saya bersalin anak kedua di sini. Tetapi, awas ceritanya sangat panjang berjela.
Rasa bersalin kali kedua, perasaannya sama sahaja seperti selepas membuang air besar. Tak sakit dan rasa lega sangat kat perut! Boleh baca cerita saya bersalin anak kedua di sini. Tetapi, awas ceritanya sangat panjang berjela.
Subhanallah. Segala pujian hannya milik Allah.
Baca lagi 9 pengalaman menarik ibu-ibu yang telah melalui proses bersalin alami yang menyeronokkan.
Baca lagi 9 pengalaman menarik ibu-ibu yang telah melalui proses bersalin alami yang menyeronokkan.
Berkuasa Pada Proses Kelahiran 
Bersalin Sangat Indah dan Seronok 
Bersalin Normal Selepas Pembedahan 
Bersalin Alami di Rumah 
 Bersalin Alami di Hospital Kerajaan 
Bersalin Alami Seorang Diri 
Bersalin Alami Selepas Trauma Kelahiran Lalu 
Bersalin Alami Mencipta Aura Positif dalam Diri 
Bersalin Alami Spontan dan Cepat 
Cerita Bersalin Alami dari Bidan ‘Maya’ 
Ebook Bersalin Alami
Hanya RM 25 SAHAJA
Terus tempah di sini 
1          APA ITU BERSALIN
ALAMI       
1.1  Cinta Melahirkan Cinta
1.2  Bertuah Menjadi Wanita
1.3  Cerita Seram Ibu
Mengandung
1.4  Kenapa Bersalin akan
Rasa Sakit?
1.5  Sistem Superb dalam
Badan
1.6  Budaya Bersalin
1.7  Rahsia Buang Rasa
Takut
1.8  Selamat Tak Bersalin?
1.9  Sejarah Bersalin Di
Sisi Islam 
1.10    Trend Beralin Generasi Y
1.11    Jihad Bersalin
1.12    Proses Bersalin
2          PERSEDIAAN ASAS
2.1  Rancangan Bersalin
(Birth Plan)
2.2  Teman Bersalin
2.3  Sokongan Suami
2.4  Kumpulan Sokongan
2.5  Persediaan Mental
2.6  Kelas Persediaan
2.7  Senaman Semasa
Mengandung
2.8  Tawakal
2.9  Pemakanan Semasa
Mengandung
3          TEKNIK BERSALIN
ALAMI
3.1  Teknik Urutan
3.2  Teknik Pernafasan
3.3  Bebas Bergerak
3.4  Teknik Imaginasi
3.5  Teknik Bertenang
3.6  Induksi Semulajadi
3.7  Teknik Psikologi
3.8  Ayat Afirmasi
3.9  Kaedah Bersalin Alami
3.10   Teknik Akupuntur
4          PENGALAMAN
BERSALINKU YANG INDAH
4.1  Berkuasa Pada Proses
Kelahiran – Nuraliyah 
4.2  Bersalin Sangat Indah
dan Seronok - Ashila
4.3  Bersalin Normal
Selepas Pembedahan – Nor Sakinah
4.4  Bersalin di Rumah –
Tini Wirdas
4.5  Bersalin di Hospital
Kerajaan – Iryani Ahmad
4.6  Bersalin Alami Seorang
Diri - Noradlie
4.7  Bersalin Alami Selepas
Trauma Kelahiran Lalu – Meidy Katrin
4.8  Bersalin Alami
Mencipta Aura Positif dalam Diri – Cia E. Hendry
4.9  Bersalin Alami Spontan
dan Cepat – Nadine Ghows
4.10   Cerita Bersalin Alami dari Bidan ‘Maya’ – Nailah
5          RUJUKAN
Ebook Bersalin Alami
Hanya RM 25 SAHAJA
Terus tempah di sini 


Comments
Post a Comment