Berpantang sendiri dengan panduan Ebook Pantang Tradisional Moden
Ulasan ebook Panduan 44 hari pantang tradisional dan moden
Teks oleh: Umi Qaseh Gold Bangi
Anak sebelum ini lahir 2 tahun lepas pada 2012. Sekarang ini saya menunggu hari untuk anak seterusnya. Walaupun hanya beza 2 tahun, saya ingat-ingat lupa akan persediaan menyambut orang baru.
Sebagai penjual ebook, saya semestinya akan terlebih dulu membaca ebook yang saya jual. Salah satunya ini dan ia bagus kerana saya juga dapat 44 resepi pantang percuma.
Berpandukan buku ini, saya kembali fokus apakah persediaan semasa hamil, semasa bersalin, sejurus selepas bersalin, dalam pantang dan yang penting persediaan mental dan motivasi selepas bersalin. Ia terbahagi kepada 11 bab:
- Tujuan berpantang (memberi laluan untuk merehat dan merawat diri)
- Persediaan bersalin (meninjau lokasi, pakej, kaedah bersalin mengikut bajet, senarai kelengkapan bayi, tanda-tanda bersalin)
- Persediaan berpantang (dari segi fizikal, mental, peralatan bayi, hospital bersalin, kelengkapan dan penjagaan berpantang, penjagaan bayi)
- Rawatan berpantang (rawatan tradisional dan moden, istilah, masalah dan menu dalam pantang, khasiat herba dan bagaimana untuk kekal cergas ketika berpantang)
- Rawatan tradisional (jenis dan contoh rawatan tradisional, petua tradisional dan amalan rutin rawatan tradisional selama 44 hari)
- Rawatam moden (jenis dan contoh rawatan moden)
- Rawatan kaedah Islam (sejarah perbidanan tokoh wanita Islam, tips dan amalannya)
- Cabaran langsing (menjaga menu makanan, senaman dan detoksifikasi racun dalam badan)
- Diet sihat kekal langsing (menjaga diet dan bersenam)
- Panduan langsing dan sihat (panduan memilih ubatan yang sesuai untuk kekal langsing)
- Motivasi selepas bersalin (menangani tekanan pelbagai tugas, tips dan motivasi surirumah dan tips cergas dan sihat 24 jam sehari)
1. Doa
perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w akan
hal tersebut, jawab baginda s.a.w, “Ibu lebih penyayang daripada bapa
dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
2. Apabila seseorang perempuan mengandungkan janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah daripada dosa-dosa seperti waktu ibunya melahirkannya.5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, setiap satu tegukan daripada susunya diberi kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.7. Sesiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

Yang berminat mendapatkan ebook ini, boleh hubungi saya.
http://qasehgoldbangi.blogspot.com/search/label/Ebook
Comments
Post a Comment