Blog Ruang Untuk Berkongsi Ilmu

Ulasan Kelas Blog Online
Teks : Nurhidayah Bahari
(sumber : http://nurhidayahbintibahari.blogspot.com/2014/03/ulasan-kelas-blog-online.html)
"Tak ada idea nak tulis apa dekat blog ni,".
 
"Dah bersawang blog ni,".
 
"Dah berhabuk blog ni,".
 
Saya yakin ramai yang biasa dengar kata-kata ini.
 
Saya juga yakin ramai yang biasa menulis kata-kata ini juga.
Bagaimana saya tahu? Kerana saya juga dahulu begitu.
Sejak saya melahirkan Aspirasi Suri, banyak reaksi, komen dan pandangan yang diberikan oleh keluarga dan teman-teman terdekat juga dari guru online Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Kebanyakkannya memberikan reaksi positif. Alhamdulillah. Namun pujian itu adalah amaran kepada saya agar jangan selesa. Masih terlalu banyak ilmu yang perlu digali. Banyak dan takkan pernah habis. Ada juga yang tidak percaya bahawa entri-entri ini ditulis oleh saya sendiri. Mungkin kerana selama ini mereka tidak pernah nampak sisi saya yang satu ini.

Membaca dan menulis adalah dua perkara yang sangat saya cintai. Saya mampu leka berjam-jam lamanya bergelumang dengan keduanya. Hingga terlupakan yang lain-lain. Cuma semenjak bertemu jodoh dengan ABDR, barulah saya nampak dengan jelas arah cita-cita yang perlu saya tuju. Bukan saya tidak pernah menulis blog sebelum ini. Tetapi hasilnya selalu merapu dan separuh jalan. Nyata, nak menuntut ilmu perlu berguru.


 
Sebelum bertemu dengan ABDR, saya adalah pelbagai. Pelbagai maksudnya disini adalah saya telah buat bermacam-macam perkara. Saya masih tercari-cari apa yang paling serasi dengan jiwa saya untuk saya titipkan didalam karya kehidupan saya. Saya keliru. Apa yang saya mahukan sebenarnya didalam hidup ini.
Saya pernah bekerja. Swasta dan kerajaan. Saya pernah menjalankan perniagaan Alat Tulis dan Fotokopi secara perkongsian namun masih tidak berpuas hati. Jiwa rasa kosong. Kemudian saya berjinak-jinak dengan produk kesihatan dengan menjadi pengedar. Produk kesihatan itu memang bagus tiada salahnya. Saya berjalan membuat jualan hampir RM6000 pada bulan pertama dan meningkat pada bulan kedua dan seterusnya. Ramai juga yang meminta tips bagaimana memasarkan produk berkenaan untuk menaikkan jualan. Kata mereka, 'iklan' yang saya buat best dan 'mencangkuk' minat pelanggan. Alhamdulillah. Segala puji untuk Allah S.W.T. jua. Tiada daya tanpa izin-Nya.
 
Namun masih saya merasakan ada sesuatu yang belum sampai. Tiada kepuasan. Apa yang saya pasti, cinta pada buku dan menyusun kata-kata memang sentiasa menjadi minat saya dari dulu lagi. Saya sangat suka membaca dan menulis tentang perkara yang berkaitan dengan diri saya. Tentang apa-apa yang mengingatkan diri saya. Contohnya bila saya terasa malas. Saya akan cari bahan bacaan tentang malas dan tulis tentangnya. Dengan cara begitu, semangat rajin datang kembali dan virus kemalasan beransur pergi.

Sehingga akhirnya saya membuat keputusan untuk menyertai ABDR. Alhamdulillah. Dibawah pimpinan Pengasas ABDR, Puan Masayu Ahmad dan Guru Online ABDR, Puan Nurzahwani Mohd Nor yang tidak jemu-jemu memberi semangat dan tunjuk ajar, maka terlahirlah Aspirasi Suri. Ruang saya menuntut ilmu. Ruang saya berkarya. Ruang saya menyebarkan secebis manfaat jika ada yang sudi membaca. Ruang mencari kepuasan tentang baca dan tulis.
 
Saya menetapkan matlamat untuk pergi lebih jauh dalam bidang penulisan ini. Semoga Allah S.W.T. mempermudahkan segalanya. Doakan saya ya. Terima kasih sekali lagi kepada Puan Pengasas ABDR, Puan Masayu Ahmad dan Guru Online Puan Nurzahwani Mohd Nor atas jasa bakti kalian berdua. Terima kasih semua yang menyokong saya dan Aspirasi Suri. Terima kasih.

Bagi yang mahu belajar membina blog bersama AKADEMI BEKERJA DI RUMAH, boleh sertai kami. Bergabung bersama hampir 600 alumni akademi.

Kategori suri yang ingin belajar, berdasarkan apa yang ditanya.
1. Mahu meluaskan produk di pasaran online. Suri ini perlu belajar menjual di fan page dan juga di blog. Siapkan borang tempahan produk, dan gabungkan blog dan fanpage sebagai satu saluran kedai online. Bina asas ini, untuk belajar proses jual beli, dan tapak asas itu boleh dinaik taraf kepada website shopping cart apabila sudah maju.

2. Mahu belajar teknik pemasaran melalui tulisan dan mempunyai blog berpengaruh. Semua orang sudah pandai menulis, tetapi tidak tahu teknik yang betul untuk membina blog yang berinformasi. Suri kategori ini perlu belajar asas blog dan penulisan untuk membina blog berpengaruh.

Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH :
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun wahm soho
7. Tempahan blog bisnes/blog penulisan-siap 3 hari
8. Beriklan bersama kami di http://sohodirectory.blogspot.com/
10. Sertai seminar terkini anjuran kami http://bengkelbranding.blogspot.com/

Kenapa kelas ini diadakan? Inilah sumbangan kami terhadap wanita dan suri rumah baik yang bekerja di luar mahupun di rumah saja. Kami sedia membantu anda untuk menyampaikan ilmu di blog atau berniaga online melalui blog dengan teknik yang betul. Blog adalah medium percuma dan akan menjadi luar biasa hebat apabila bergabung dengan teknik content writing yang tepat.

Boleh terus mendaftar mana-mana kelas pillihan melalui saya, Anys Idayu Zakaria atau pasukan pengurus online Nur Balqis Qahira Bee Irma Azuriyah Mohamad Nur Sayid Amilah Batrisya Hazman NurRullz Daud Nor Adilah MaLeeva SemaDi



 

Comments

Popular Posts