Belajar Mula Membina Blog Bersama ABDR

Guru Online : Normi Mat Yusof (fb Mie Normi)



Teks : `Awatif Mohd Ali

Bismillah..

Ada yang bertanya, bagaimana saya memulakan langkah berblog, tak kurang yang bertanya dari mana saya belajar?

Mari saya buka rahsianya.. :)

Saya mula berjinak-jinak berblog pada tahun 2008, tetapi blog saya hanya suka-suka. Belajar sendiri godak-godak nak memulakan blog. Pengisiannya? Masih perkongsian catatan pengalaman dan sedikit pengetahuan.

Untuk bisnes online, juga saya mulakan langkah dengan sendiri. saya wujudkan fanpage, tetapi suam-suam kuku. Saya mencari-cari kaedah untuk mempromosi blog dan fanpage saya..

Sehinggalah saya terbaca status facebook sifu online saya, Puan Normi Yusof yang mewawarkan tentang kelas asas blog dan fanpage. Wah, menarik.
Uniknya kelas ini secara online sahaja dan boleh mula bila-bila masa yang kita sudah sedia. Masanya juga fleksibel dan segala tunjuk ajar, tips dan pertanyaan berlagsung secara maya. Ianya kelas untuk mereka yang memang benar-benar tidak tahu untuk bermula, atau pun sudah bermula tetapi mahu berjaya lagi.

Sekiranya kita konsisten dan fokus menghabiskan tugasan, maka cepatlah kita bergraduasi.. :) Dan cepat jugaklah kita mengorak langkah seterusnya untuk lebih berjaya.

Bagi saya, saya terlambat bergraduasi. Hehe.. Tidak perlu saya ulas dan memberi alasan komitmen berkeluarga atau sebagainya.. Sebenarnya semua terletak pada jati diri dan kesungguhan masing-masing bukan?
Alhamdulillah, kini saya menarik nafas lega, langkah demi langkah saya atur untuk terus berjaya.

Oh ya, selain itu banyak faedah lain yang saya perolehi dari kelas ini. Jaringan dan perhubungan sahabat-sahabat lain yang juga dari kalangan surirumah dan suri bekerjaya. Kami boleh berkenalan dan bertukar pandangan. Inilah kumpulan sokongan yang perlu untuk wanita yang bekerja di rumah, untuk mendapatkan semangat, pendapat, bina kenalan baru dan sebagainya. Juga pertukaran antara blog di akademi dapat membantu menarik traffik ke blog.

Jom.. suri-suri hebat semua.. Anda juga boleh bermula dan berjaya.. boleh bertanya lanjut dengan saya.. :)


  ********************************************************************
Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH :
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun wahm soho
7. Tempahan blog bisnes/blog penulisan-siap 3 hari
8. Beriklan bersama kami di http://sohodirectory.blogspot.com/
10. Sertai seminar terkini anjuran kami http://bengkelbranding.blogspot.com/

Kenapa kelas ini diadakan? Inilah sumbangan kami terhadap wanita dan suri rumah baik yang bekerja di luar mahupun di rumah saja. Kami sedia membantu anda untuk menyampaikan ilmu di blog atau berniaga online melalui blog dengan teknik yang betul. Blog adalah medium percuma dan akan menjadi luar biasa hebat apabila bergabung dengan teknik content writing yang tepat.

Boleh terus mendaftar mana-mana kelas pillihan melalui saya, salah seorang guru online ABDR.

Email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms/ wtsapp : 017-7912993
Anys Idayu Zakaria



  TEMPAH TERUS DI SINI


Kalau ada yang belum sedia untuk sertai kelas online, boleh mula baca dua ebook ini dahulu. Pakej ini khas untuk mereka yang sedang mencari idea untuk mula bisnes secara sambilan atau sepenuh masa. Baca dulu dalam ebook 101 idea home based bisnes. Gali dan cari apa minat dan kemahiran yang kalian ada, melalui ebook ini. Dapatkan tip-tips sebelum bermula. Dengan hanya secara sambilan, mula promosi secara atas talian. Gunakan ebook belajar asas blog untuk mula membina blog bisnes kalian.
 

Comments

Popular Posts