Cara Rai Pengunjung ke Blog Dengan Informasi Baru Setiap Hari

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Assalamualaikum pembaca, selamat memulakan tugas. Cuti persekolahan seminggu telah bermula. Di tempat saya semalam sudah mula bersekolah. Pasti kesibukan melanda mengurus keperluan anak-anak sebelum ke sekolah.

Untuk para pembaca yang sedang mencari cara untuk mula membina blog, jom kita baca sedikit apa kata pembaca EBOOK BELAJAR ASAS BLOG:


Blog merupakan kedai di alam maya, malahan boleh dikunjungi 24 jam tanpa perlu pengawasan daripada kita. Ibarat baru membuka kedai, kita perlu mempromosikan kedai  pada awal pembukaannya samada dengan mengadakan jualan murah secara besar-besaran, mengadakan jamuan kecil-kecilan,  dan memberikan layanan terbaik kepda pelanggan.
 
"Cipta, tarik pembaca
Tips, cipta dan tarik pembaca
update, update, update!
Kalau mahu orang selalu berkunjung ke rumah kita, selalulah dan sangat perlu
setiap hari rai mereka dengan informasi baru. Sedikit atau banyak pastikan ada
kesegaran baru dalam blog. Ini penting sebelum membuat keyakinan kepada
pembaca agar membeli produk kita. Apabila mereka sudah cukup yakin barulah
'mereka' membeli. "
(Masayu Ahmad. Belajar Asas Blog)
 
Blog umpama kedai yang sudah siap, pemilik perlu mempamerkan produk-produk jualan. Pada masa sama perlu meraikan pelanggan dengan pelbagai informasi yang menarik seperti perkongsian masalah daripada sudut positif, resepi masakan  dan blog motivasi, atau tutorial kraft. Konsepnya kita perlu memberi dahulu segala kepakaran dan pengetahuan namun bukan rahsia jualan agar pembaca selesa dan setia. Jika anda mahukan sesuatu beri dahulu baru hasilnya. Kita juga mendapat pahala hasil perkongsian ilmu dengan pembaca.
 
Pada awal penulisan blog, saya amat terasa sangat sukar menulis untuk mendapatkan 44 entri. Caranya saya akan baca, baca dan baca ebook ini agar mudah faham dan mencetuskan idea ketika menulis. Hanya baca sekali tidak memberi apa-apa kesan. Bacalah buku ini berulang kali sampai anda benar-benar memahami isi kandungannya terutama ketika buntu memikirkan idea penulisan. Ditambah pula dengan bahan-bahan berkenaan tajuk blog. Walaupun, pada mulanya agak sukar memahami, apabila mula menulis idea mencurah-curah masuk.
 
Semua orang mampu menulis tetapi tidak semuanya mampu menulis dengan baik dan berpengaruh. Saya juga masih belajar dan banyak silapnya. Namun, jika mahukan penulisan menjadi semakin baik perlulah sentiasa membaca dan menulis. Rahsia kejayaan adalah mulakan bukan hanya terus memikirkan masalah dan cara untuk bertindak. Setiap kegagalan yang hadir disetiap percubaan kita terselit petunjuk daripada Ilahi. Cuma apabila kita bertenang dan rasai perubahan itu barulah jalannya dipermudahkan.
 
Jika mahukan yang terbaik untuk diri, andalah yang perlu mencari jalannya sendiri. Usaha sehabis baik, bukan hanya menunggu orang bertindak dan berjaya barulah memulakan langkah. Carilah ilmu dan belajar daripada pengalaman orang lain. Allah akan membuka jalannya apabila kita berusaha bukan hanya menunggu bantuan. Laburlah sedikit wang untuk menambah ilmu bukan hanya bergantung sumber yang percuma sahaja seperti blog. Hadiri seminar, bacalah buku yang berkaitan minat anda dan matlamat.
 
 
 
 
Dapatkan segera. Masih lagi harga promosi :)
 
 
Bagi yang mahu belajar membina blog bersama AKADEMI BEKERJA DI RUMAH, boleh sertai kami. Bergabung bersama hampir 500 alumni akademi.
 
Kategori suri yang ingin belajar, berdasarkan apa yang ditanya.
1. Mahu meluaskan produk di pasaran online. Suri ini perlu belajar menjual di fan page dan juga di blog. Siapkan borang tempahan produk, dan gabungkan blog dan fanpage sebagai satu saluran kedai online. Bina asas ini, untuk belajar proses jual beli, dan tapak asas itu boleh dinaik taraf kepada website shopping cart apabila sudah maju.

2. Mahu belajar teknik pemasaran melalui tulisan dan mempunyai blog berpengaruh. Semua orang sudah pandai menulis, tetapi tidak tahu teknik yang betul untuk membina blog yang berinformasi. Suri kategori ini perlu belajar asas blog dan penulisan untuk membina blog berpengaruh.

Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH :
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun wahm soho
7. Tempahan blog bisnes/blog penulisan-siap 3 hari
8. Beriklan bersama kami di http://sohodirectory.blogspot.com/
10. Sertai seminar terkini anjuran kami http://bengkelbranding.blogspot.com/
 
Kenapa kelas ini diadakan? Inilah sumbangan kami terhadap wanita dan suri rumah baik yang bekerja di luar mahupun di rumah saja. Kami sedia membantu anda untuk menyampaikan ilmu di blog atau berniaga online melalui blog dengan teknik yang betul. Blog adalah medium percuma dan akan menjadi luar biasa hebat apabila bergabung dengan teknik content writing yang tepat.
Boleh terus mendaftar mana-mana kelas pillihan melalui saya, salah seorang guru online ABDR. 
sms/ wtsapp : 017-7912993

 

Comments

Popular Posts