Tuesday, 25 March 2014

Al fatihah MH370

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Bismillah.
Ya Allah sesungguhnya akau berlindung kepada Engkau daripada bingung dan sedih. Aku berlindung kepada Engkau daripada lemah dan malas. Aku berlindung daripada Enagkau daripada pengecut dan kikir. Dan aku berlindung kepada Engkau daripada lilitan hutang dan penindasan manusia.
 
Alfatihah, salam takziah untuk semua keluarga mangsa, anak kapal MH370, apa pun persoalan kenapa dan mengapa di lautan Hindi semua atas rahsia Allah swt yang lebih mengetahui segala-galanya. Semoga kita terus redha dan menerima qada' dan qadar Allah yang telah tertulis.
 
Berat mata memandang, berat lagi beban yang menimba keluarga mangsa yang terlibat. Sama-sama kita doakan mereka terus tabah dan kuat menghadapi ujian dan perkhabaran seterusnya.