1 Usahawan 1 Blog

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria
Foto : Simpanan Peribadi


Bismillah, hari ini saya berhasrat untuk melancarkan tagline sendiri, heheheh. ''1 Usahawan 1 Blog''.
Amacam ok tak.
 
Tagline ini saya tujukan khas untuk semua yang baru hendak mula berjinak-jinak sebagai usahawan online. Mula mempromosi produk dengan menggunakan blog. Jika kita ada ilmu dan pandai menggunakannnya, memang sangat besar pengaruh blog ini untuk bisnes kita.

heheh, maaflah tak berapa nak cantik pulak design nye. Tangan tak berapa nak kreatif. Apapun harap mesejnya sampai pada kalian.
 
Bagaimana mahu mulakan perniagaan online dan bagaimana mahu menjana pendapatan sampingan hanya di rumah. Untuk kesemua pertanyaan ini saya ada satu jawapan yang mudah. Mulakan dengan apa yang kita ada dan secara Online sahaja! Manfaatkan Blog dan Facebook serta medium lain yang percuma pendaftarannya sebelum mula bina website berbayar dan mula buka kedai fizikal. Istimewanya secara online, tidak perlu modal, tidak perlu kedai/pejabat fizikal, tidak perlu kos minyak dan pengangkutan, hanya jalankan dari rumah sahaja. Bagi yang sedang bekerja seperti saya pula punya pendapatan lain selain gaji bulanan. Cari niche utama/fokus utama dalam menjalankan aktiviti bisnes online. Mulakan dengan perkongsian dan membantu orang lain menyelesaikan masalah mereka. pendek kata fokuskan matlamat setiap MASA dan TENAGAku ADALAH PAHALA dan WANG!

Kenapa bisnes online perlukan blog untuk mempromosi produk. Ia adalah sebagai salah satu cara kita memperkenalkan diri kepada pembaca, dan pelanggan. Cara untuk kita menyebarkan kad bisnes secara percuma sahaja di google. Bagi yang hanya menggunakan facebook sebagai medan promosi agak sedikit rugi berbanding mereka yang mempunyai blog kerana tidak semua orang membeli dan mencari produk melalui facebook. Ada juga setengah orang yang suka membuat carian barangan atau produk di carian google atau yahoo. Dan jika kita perasan, carian di google, yahoo kebanyakkannya yang keluar adalah senarai blog atau website. Ada juga facebook, tapi tidak begitu banyak. Jadi maksudnya, blog adalah tempat yang sesuai untuk meletakkan produk kita. Prmosi habis-habisan di situ, pelanggan di carian google sangat-sangat meluas berbanding facebook.  
 
 
Jadi bagi kalian yang sudah ada bisnes, dan ingin memasarkan secara online, saya sangat-sangat mencadangkan produk kalian di promosi melalui blog. Bagi yang masih belum mahir untuk membina blog boleh hadiri kelas online yang kami anjur di Akademi Bekerja Di Rumah. Apa yang menariknye di ABDR ini, kita akan bergabung bersama rangkaian jaringan di bawah satu bumbung, bergabung terus dengan hampir 400 blog aktif yang akan membantu menarik trafik pelawat ke blog kita sendiri.  
 
Akademi Bekerja Di Rumah menawarkan kelas berikut :
1. Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 340 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.
2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.
4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.
 
5. Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. 3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.
6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
Apa lagi, inilah masanye kalian sebagai usahawan online untuk mula memiliki blog bisnes sendiri. Jom daftar mana-mana kelas pilihan, bersama saya guru online bertugas.
sms/wsapp : 017-7912993

Comments

Popular Posts