Urus Aliran Kewangan Bisnes

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria
 
Alhamdulillah, sudah masuk minggu kedua Februari. Minggu hadapan sudah bermula semester baru. Nampaknya masa untuk bercuti-cuti hujung minggu sudah berakhir. Persiapkan minda dengan semangat dan azam baru untuk ke kelas untuk semester ini.
 
Hari ini saya berkongsi sedikit apa kata pelajar yang telah menyertai kelas akaun yang telah dijalankan pada minggu lepas.
 
 
Ulasan Kelas Akaun dari peserta Nazirah Bugal
(Sumber: http://nazirahbugal.blogspot.com/2014/01/kelas-akaun-online.html)
Bertemu kembali di laman nazirahbugal.blogspot.com. Hari ini saya hendak berkongsi pengalaman yang saya rasa amat-amat berharga.


Sebenarnya setiap perkara baru yang berlaku kepada kita, itulah di panggil pengalaman. Lima hari lepas saya telah menjalani kelas asas akaun secara online selama 3 jam. Ini kali pertama saya belajar online. Mula-mula tu memang ada sedikit rasa gementar. Mungkin tidak pada yang telah biasa melaluinya. Malkumlah kelas itu dijalankan secara berkumpulan seramai 3 orang termasuk saya. Hai, macam manalah orangnya yang menjadi rakan sekelas saya nanti. Maklumlah di dalam urusan akaun, saya agak tidak berminat.


Tetapi Alhamdulillah. 2 lagi rakan sekelas saya ini memang sporting dan bersemangat . Serta merta hilang rasa gementar, bertukar menjadi bersemangat seperti mereka. Di tambah dengan guru online kami Puan Khadijah Abdullah adalah orang yang sangat memahami situasi kami dalam menguruskan akaun. Setiap soalan kami di jawap dengan penuh penerangan, sehingga kami benar- benar faham. Dan yang paling menyeronokkan, kelas ini di jalankan secara online. Mengikut masa yang bersesuaian dengan diri kita. Fleksibel. Kan mudah.


Kepada usahawan-usahawan online atau offline sebenarnya kita memang perlu ada akaun untuk perniagaan kita . Tidak kira sama ada bisnes kecil atau besar . Bila ada akaun, baru kita nampak ke mana perginya duit kita. Setiap sen perlu di catat. Dan satu lagi, yang penting jangan sesekali mencampur adukkan akaun bisnes dan akaun peribadi. Barulah perniagaan kita boleh berkembang.


Alhamdulillah, dapat maklum balas positif dari peniaga online/offline yang telah mengikuti Kelas Urus Akaun Bisnes.
• Memang sangat sesuai untuk peniaga yang baru bermula, atau mahu tahu di mana silap selama ini.
• Memang sangat bagus untuk mencari punca ketirisan wang bisnes.
• Sedar betapa pentingnya untuk merekod setiap urusniaga walau satu sen pun untuk mengira keuntungan kita nanti


Kesalahan biasa pemula wahm
-tidak ada rekod
-tidak tahu aliran kewangan
-tidak pandai jejak sumber
-tidak tahu menyimpan rekod

Untuk urus kewangan juga perlu disiplin. Duit bisnes tidak boleh dicampur aduk dengan duit sendiri, walaupun 1 sen. Semua perlu dicatit dalam buku 555. Kerja remeh-temeh tapi berkesan untuk mengurus aliran kewangan bisnes dan juga personal.
 


APA YANG BAKAL DIPELAJARI? Modul 1 & 2:
i. Bagaimana merekod buku simpan kira-kira.
ii. Pengenalan Kepada Asas Perniagaan Dan Fungsinya
iii. Mengenal dan belajar kepentingan dokumen
iv. Invois, cash, bil, resit, purchase order

SIAPA YANG MENGAJAR?
Trainer berpangalaman luas & memang dalam bidang akaun.

JADUAL TERKINI & TERDEKAT?
Pendaftaran kelas online untuk 13. Feb, 9.30pagi - 12.30 tgh
11 Feb, 8.00 - 11.00 mlm

BERMINAT? Hubungi saya untuk bermula.
Email : anysidayuzakaria@gmail.com
Sms/whats app : 017-7912993
Facebook :
https://www.facebook.com/anies.aiz






salam kasih sayang
 



Comments

Popular Posts