Urus Akaun Bisnes dengan Sistematik

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Bermula tahun 2014, ABDR telah membuka satu lagi kelas khas untuk semua usahawan wahm soho yang mahu mempelajari cara yang betul dan sistematik untuk mengurus akaun bisnes, iaitu kelas online urus akaun bisnes kecil WAHM SOHO. Alhamdulillah, kelas ini juga mendapat sambutan menggalakkan daripada WAHM. Sudah beberapa sesi berlangsung bersama tenaga pengajar bertauliah dalam bidang ini.

Kesalahan yang biasa dilakukan oleh pemula wahm
-tidak ada rekod
-tidak tahu aliran kewangan
-tidak pandai jejak sumber
-tidak tahu menyimpan rekod

Modul 1 & 2:
Bagaimana merekod buku simpan kira-kira.
Pengenalan Kepada Asas Perniagaan Dan Fungsinya
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen
-Invois, cash, bil, resit, purchase order

Proses merekod setiap transaksi secara harian
BOOK KEEPING....
DAILY TRANSACTION
RECORDING IN CHRONOLOGICAL ORDER
Ini semua akan diajar di dalam modul asas kelas akaun yang kami anjurkan.
 
Bagaimana kelas dijalankan?
Kelas dijalankan secara online dan peserta perlu online ketika kelas sedang berlangsung. Untuk modul 1 &2, hanya 3 jam dari masa anda diperlukan.

Ini adalah ulasan salah seorang peserta kelas akaun, Azlina Abd Aziz
Sesungguhnya kelas akaun secara online ini sangat memudahkan pelajar suri rumah seperti kami di mana tidak perlu untuk keluar rumah dan itulah objektifnya. Di samping itu juga, dapat menjaga anak di rumah, seperti peribahasa sambil menyelam sambil minum air. Walaupun dalam masa yang singkat, banyak ilmu akaun asas dapat dipelajari dan diketahui. Walaupun saya mempunyai sedikit pengalaman semasa bekerja dalam mengurus akaun syarikat lama, saya dapat menggilap lagi asas yang saya ada. Setelah mempelajari ilmu akaun asas ini, saya dapat memahami bahawa ia sangat penting bagi setiap individu untuk belajar mengenai akaun dalam menjalankan perniagaan secara online ataupun offline. Faktor paling penting yang saya anggap berat adalah duit persendirian tidak boleh dicampur-adukkan dengan duit perniagaan kerana terdapat pelbagai kelemahan dan masalah akan timbul sekiranya akaun di uruskan seperti ini.
 
Sesungguhnya pembelajaran asas kelas akaun ini amat bagus dan bermanfaat serta menjimatkan masa. Akan tetapi jika kita hendak mendapatkan ilmu akaun ini secara terperinci, hendaklah kita menghadiri kelas secara offline seperti dicadangkan oleh trainer, Puan Khadijah.

Bagi yang berminat untuk sertai kelas akaun, boleh hubungi saya:
Emel: anysidayuzakaria@gmail.com
SMS/whatsapp: 017-7912993
Facebook:
https://www.facebook.com/anies.aiz
 
 
Pendaftaran kelas online yang lain masih dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil wahm/soho

Berminat untuk bersama kami? Hubungi saya untuk maklumat lanjut.
 
 
 

Comments

Popular Posts