Selamat Hari Lahir Anys

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria


 
 
Allahuakbar, alhamdulillah. Syukur Ya Allah atas nikmat kurniaan selama ini. Hari ini genap sudah usia saya 30 tahun. Masih banyak lagi yang perlu diperbaiki dan dipelajari demi untuk sebuah kehidupan, menjadi muslimah sejati. Semoga perjalanan hidup menempuh series  ini berjalan lancar hendaknya. Semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia untuk terus beribadah, berbakti kepada kedua ibu bapa, mendidik anak-anak menjadi insan berjaya, terus memberi sumbangan kepada orang lain, dan dilimpah rahmat Allah swt.
 
Banyak sudah suka duka dilalui dalam tempoh ini, semoga tahun ini terus bersinar. Terima kasih tak terhingga untuk semua para pembaca yang sudi singgah di sini, terima kasih atas komen dan pertanyaan yang dilontarkan. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk orang ramai.
 
Dedikasi khas untuk keluarga tersayang, terima kasih Ma, Abah kerana menyayangi, mendidik dan mengasuh saya sejak kecil sehingga berjaya ke hari ini. Terima kasih untuk Mak Mertua saya, terima kasih kerana menerima diri ini menjadi menantu kesayangan, heheh banyak lagi yang perlu saya pelajari. Terima kasih untuk suami tercinta, menerima diri saya sebagai isteri dan mama kepada dua puteri tercinta. Terima kasih untuk anak-anak mama. Kalian adalah permata hati yang tiada nilai ganti.
 
Terima kasih kepada sahabat handai di Akademi Bekerja Di Rumah, atas perkongsian ilmu yang tiada nilainya. Untuk semua protege, terima kasih kerana sudi menimba ilmu bersama saya. Semoga ilmu ini dapat digunakan untuk kebaikan kita bersama. Kepada rakan-rakan, terima kasih kerana sudi menerima diri ini seadanya.
 

salam kasih sayang

Comments

  1. Selamat hari lahir teacher.. semoga sentiasa jadi insan solehah

    ReplyDelete
  2. ameen. terimaksih cik azue, atas ingatan. Saya doakan cik azue juga berjaya dunia akhirat. :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts