Lahirkan Matlamat dalam bentuk tulisan

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Assalamualaikum, Bismillah.

Beberapa hari ini saya sedang menghabiskan bacaan buku Membina Imaginasi Cemerlang, tulisan Dr. HM Tuah Iskandar al-haj. Buku ini sangat bermanfaat untuk kita membina matlamat dan merealisasikan supaya ia menjadi kenyataan. Sedikit perkongsian di sini ya.
 
Rancang jalan-jalan ke arah matlamat kita dengan lebih teliti, tahun demi tahun, bulan demi bulan, hari demi hari atau mungkin jam demi jam jika perlu. Setiap perancangan ke arah matlamat mestilah dilahirkan dalam bentuk tulisan, bukan sekadar melilau dalam minda.  Perkara yang hanya melilau dalam minda bukanlah hasrat, sasaran, kehendak, azam, target dan cita-cita. Ia hanyalah angan-angan yang tidak berasas. Ini dilakukan oleh semua orang. Hanya orang yang berjaya yang serius dengan angan-angannya dengan meletakkanya ke atas kertas, membaca dan menghayatinya setiap hari.


Langkah Berkomunikasi dengan minda

1. Setkan hasrat, sasaran, kehendak, azam, target dan cita-cita kita, atau tekankan dalam minda apa yang kita mahu.
 
2. Lahirkan satu pelan berdasarkan ilmu yang kita ada.
 
3. Cetuskan hasrat, sasaran, kehendak, azam, target dan cita-cita dalam hati dan pindahkan ia ke minda sedar (conscious mind)
 
4. Jangan biarkan kita diganggu kerisauan, ketakutan dan kegusaran. Berikan kepercayaan penuh kepada minda sedar bahawa ia berhubung dengan minda bawah sedar (subconscious mind).
 
5. Iringi dengan doa kemudian usahakan apa yang kita yakini betul dan akhir sekali tawakkal.
 
Hasrat, sasaran, kehendak, azam, target dan citata apabila ia diletakkan di hati secara bersungguh-sungguh, ia ibarat menanam benih di atas tanah yang subur. Dengan selalu menyebut-yebut, mengenang-genang dan memperkata-katakannya ia menyebabkan rangkaian antara hati dan otak menjadi semakin kukuh.

Mulai hari ini, mari kita mula tulis matlamat yang diinginkan dan yang mahu kita capai. Alhamdulillah, setelah membaca buku ini, saya sudah mula menulis matlamat saya setiap hari. Matlamat sehari apa yang perlu kita capai untuk hari ini. Baca dan ulang-ulang baca sentiasa dalam sehari, minda akan bekerja keras mencapai target untuk hari tersebut.


     **********************************************************************
 
 
Pakej Asas WAHM SOHO
Hanya RM 125
Tempah terus di sini

 
Pakej Asas WAHM SOHO
Hanya RM 150
Tempah terus di sini
 
Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil wahm/soho

Berminat untuk bersama kami?
Hubungi saya melalui salah satu langkah mudah di bawah :
Email : anysidayuzakaria@gmail.com
Sms/whats app : 017-7912993
Anys Idayu Zakaria
 

Jom beriklan di sini Soho Directory. Baca terma iklan di Ruangan Iklan Online
Beli buku agama, buku motivasi & ebook di sini Aizmall Gedung Buku Online
Beli produk sunnah dan kelengkapan solat di sini Aizmall Sunnah Online
Beli pelbagai jenis produk kesihatan, makanan dan produk borong bisnes di sini Aizmall Gedung Online
Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah. Untuk yang berminat mendaftar kelas online asas membina blog fanpage bisnes atau penulisan, hubungi saya :

Sms/ Whatsapp : 017-7912993

Comments

Popular Posts