Keperluan Blog dan penulisan

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria
 
Bismillah. Menerus tugas seperti biasa. Sambil menyiapkan tugasan, sambil memberi coaching personal kepada protege kelas blog dan rakan niaga akademi. Alhamdulillah, bulan ni telah mendaftar 6 protege baru ke kelas saya. Mereka dalam proses menyiapkan blog, dan ada juga beberapa orang yang telah berjaya menyelesaikan tugasan dalam tempoh yang singkat sahaja. Kalian boleh lihat senarai protege saya di list sebelah kanan blog ya.
 
Jom pagi ni kita baca sedikit apa kata protege kelas guru online lain yang telah menyiapkan tugasan. 
 
 
Ulasan Kelas Asas Blog Penulisan Kreatif - Intan Hj Daud
Teks : Intan Haji Daut
Gambar : Carian Google
 

 
Anda ingin membina blog? Berminat dalam bidang penulisan dan ingin mendalaminya? Tetapi tidak berupaya untuk pergi ke bengkel-bengkel atau kelas yang diadakan? Ataupun anda takut kepada cikgu yang suka memegang rotan? Mungkin juga anda seorang yang pemalu dan tidak suka menonjolkan diri seperti saya?

Saya sudah menjumpai jalan penyelesaiannya.

Semuanya di hujung jari. Saya sudah empat bulan berada di dalam program ini. Keyakinan dan pengetahuan semakin bertambah dari sehari ke sehari. Mari saya ceritakan.

Langkah pertama yang harus dilakukan ialah anda haruslah memiliki akaun Facebook. Akaun Facebook adalah medium utama dalam kelas ini kerana semua pembelajaran diadakan secara on line. Oh! akaun Facebook sudah ada ya?

Kita teruskan dengan langkah kedua. Mendaftarkan diri ke Kelas Asas blog Dan Penulisan Kreatif sebagai protoge. Hubungi Puan Mazlia Murat atau Puan Monalita Mansor untuk keterangan lanjut.

Setiap pelajar akan dibekalkan dengan beberapa buah e book sebagai rujukan. Sebuah group rahsia juga disediakan untuk kegunaan guru dan pelajar berkomunikasi.

Di sana, segala pertanyaan, teguran dan perbincangan berlangsung, tips dan nota pula sentiasa dikemaskini untuk rujukan
.

Sesi pembelajaran bermula dengan membina blog sendiri dan mengisi blog dengan tugasan-tugasan yang sudah disenaraikan.


Sebelum ini saya tidak mampu mengaitkan keperluan blog dan penulisan. Sekarang, saya sudah dapat 'melihat' keperluan blog. Blog dan dunia penulisan boleh diibaratkan ibarat pen dan kertas. Jika anda ingin tahu, mendaftarlah sekarang!

Kelas ini amat fleksibel kerana pelajar sendiri akan menentukan masa bila dia ingin memasuki kelas. Oleh itu, memang sesuai untuk mereka yang sentiasa sibuk dengan kerja seharian mahupun suri rumah tangga sepenuh masa. Belajar sambil menghayun anak di buaian pun boleh.
Boleh bah kalau kau!

Bagi saya, kaedah ini amat selesa dan santai. Setiap tugasan yang diberikan sentiasa dipantau oleh guru. Bagi hasil tugasan yang mempunyai kesalahan akan diberi teguran dan pembetulan. Malah melalui tugasan rakan sekelas juga kita boleh sama-sama mendapat manafaat.

Memandangkan semua pembelajaran di dalam talian, maka setiap teguran dan nota-nota boleh diulang baca sebanyak mana yang kita mahu.

Bagi saya, saya lebih selesa mencetak semua nota-nota agar senang apabila membuat rujukan.

Jalan sudah terbentang dan peluang sudah di hadapan mata, terpulang kepada diri sendiri samada untuk berpatah balik atau terus melangkah ke hadapan.

Dipertemukan dengan Kelas Asas Blog Dan Penulisan menjadikan saya semakin berkeyakinan untuk menonjolkan diri. Kepada mentor dan rakan sekelas, saya bertuah dapat mengenali kalian
(sumber : http://kelaspenulisankreatif.blogspot.com/2014/02/ulasan-kelas-asas-blog-intan-hj-daud.html)
_______________________________________________________________
 
Akademi Bekerja Di Rumah menawarkan kelas berikut :
 
1. Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 340 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.
 
2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
 
3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.
 
4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.
 
5. Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. 3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.
 
6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
 
 
Kelas ini di mana?
Uniknya kelas kami secara online sahaja. Boleh mula bila-bila masa sudah sedia.
Saya bekerja tak ada masa?
Disebabkan tuan/puan tak ada masa, itu sebab kelas ini masanya fleksibel. Iaitu 10 langkah mudah untuk kelas penulisan dan 16 langkah untuk kelas bisnes.

Saya tak ada produk. Produk kami sediakan. Boleh jadi rakan niaga akademi. Jika sudah ada produk lagi ok.
 
Berapa lama boleh pandai? Bukan berapa lama boleh pandai, tetapi berapa cepat tuan/puan boleh siapkan tugasan. Ada pelajar laju ambil masa 10 hari sahaja, ada 3 minggu, ada sebulan dan ada lebih dari itu. Cepat lambat adalah bergantung pada protege sendiri. Cepat siapkan tugasan, maka cepatlah kalian boleh mula menggunakan blog, facebook dan fanpage untuk menjana pendapatan pula.
 
Apa lagi yang kami dapat? Jaringan dan perhubungan sahabat-sahabat lain yang juga dari kalangan surirumah, suri bekerjaya. Boleh berkenalan dan bertukar pandangan. Inilah kumpulan sokongan yang perlu untuk wanita yang bekerja di rumah, untuk mendapatkan semangat, pendapat, bina kenalan baru dan sebagainya. Juga pertukaran antara blog di akademi dapat membantu menarik traffik ke blog.
Kelas ini terbuka kepada semua yang mahu memulakan bisnes secara online, masih tidak tahu cara bagaimana mahu memulakan. Khusus utama untuk suri rumah, suri bekerjaya yang mahu menambah pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa. Juga dialu-alukan penyertaan untuk kaum adam.
Hubungi saya untuk pendaftaran mana-mana kelas pilihan :
 
sms /wtsapp : 017-7912993

 

Comments

Popular Posts