Kelebihan Surah Al Waqiah
Teks : Anys Idayu Hj Zakaria
Al-quran merupakan mukjimat terbesar dan mempunyai
fadhilat yang sangat banyak. Sebagai umat Islam kita seharusnya membaca
al-quran setiap hari kerana ia adalah ibadah yang sangat tinggi nilainya di
sisi Allah.
Bismillah.
Hari ini saya nak berkongsi tentang kelebihan mengamalkan Surah Al Waqiah. Info ini saya petik dari
http://ulumnabawiahmakh.blogspot.com/. Seblum ini memang saya selalu termembaca, kelebihan surah al waqiah untuk menolak kefakiran dan kepapaan, tapi masih lagi belum mengamalkannya. Astaghfirullah, lalainya saya.
Minggu sudah ketika pulang ke rumah Ma, ma ada bagitahu kalau nak bisnes berjalan lancar amalkan surah Al Waqiah setiap hari. Kalau baca hari-hari sekejap saja masanya. Selepas pulang ke rumah, saya terus membuka Al Quran dan menandakan surah tersebut, dan berazam untuk membacanya setiap awal pagi dan selepas isyak. Alhamdulillah. Perlu terus istiqomah. In Shaa Allah.
Sesiapa yang mempunyai kedudukan
ekonomi yang sempit bacalah surah al-Waqiah untuk menolak kefakiran dan
mendatangkan rezeki. Selain dari berusaha bersungguh-sungguh, amalan
kerohanian seperti membaca quran, berzikir dan berdoa juga perlu dilakukan.
Berikut adalah cara yang paling mudah dalam mengamalkan surah al-Waqiah. Anda boleh memilih mana-mana yang berikut
1. Membaca secara rutin setiap malam samada selepas sembahyang maghrib atau sesudah Isyak.
Sabda Rasulllah SAW yang bermaksud: "Barangsiapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan tertimpa kesulitan selamanya "
(Walaupun ada ulama mentafsirkan hadis ini dalam kategori lemah, ia tidak menjadi kesalahan untuk mengamalkannya).
2. Mengamalkan membaca sekali siang (selepas subuh) dan sekali malam
3. Membaca 3 kali selepas subuh dan 3 kali waktu malam
4. Membaca surah al -Waqiah sebanyak 14 kali selepas waktu asar. Amalan ini dikatakan mujarab dalam mendatangkan hajat terutamanya rezeki.
Fadhilat surah al-Waqiah akan berkesan bila dilakukan secara istiqamah dan jangan meninggalkannya walaupun sehari. Bacalah dengan tartil dan tajwid yang betul. Membaca surah ini juga akan memberi pencerahan kepada minda kita.

Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan
kefakiran selamanya"
Surah Al-Waqiah terkenal dengan khasiatnya sebagai
ayat yang menjadi sumber kekayaan dan pelindung daripada kefakiran. Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan
malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa'ad Al Mufti mengatakan,
bahawa hadis yang menceritakan tentang kelebihan surah ini kebanyakkannya
adalah sahih.
Khasiat surah Al-Waqiah :
1. Surah ini merupakan amalan terbaik bagi wanita
dan gadis sebagai pemelihara dan pelindung diri dari kemudaratan dan
kemiskinan. Kelebihan surah ini dinyata dalam pesanan Uthman bin Affan kepada
Abdullah yang sedang sakit tenat.
Uthman berkata : " Ini untuk anak-anak
perempuan kamu selepas ketiadaan kamu. Beliau menjawab adakah kamu takut
anak-anak perempuan kamu menjadi miskin? Sesungguhnya saya perintah kepada
mereka supaya baca surah "Al-Waqiah" tiap-tiap malam. Sesungguhnya
saya dengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa membaca surah
"Al-Waqiah" tidak akan jadi miskin selama-lamanya."
2. Mereka yang membaca surah ini sebagai wirid,
dengan izin Allah akan beroleh kesenangan dan kemudahan selama-lamanya.
3. Bila seseorang menjadikan surah ini sebagai
kebiasaan dan membacanya setiap malam satu kali, maka dia akan terhindar dari
kemiskinan.
4. Surah al-Waqiah ini jika dibaca disisi mayat
atau orang yang sedang nazak. Insyaallah dipermudahkan untuk roh keluar dari
jasadnya.Jika dibaca disisi orang sakit, Insyaallah diringankan kesakitannya. Selain
itu, boleh juga dibaca kepada orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
Insyaallah dengan mengamalkan surah al-Waqiah saban
hari sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis-hadis Rasulullah SAW, hidup kita
akan sentiasa dimurahkan rezeki dan dilimpahi kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Dengan izin Allah kita akan memperolehi rezeki yang melimpah ruah supaya kita
berkesempatan melaksanakan amal jariah dan meringankan beban golongan yang
kurang bernasib baik.
Buat peringatan,amalan membaca surah ini janganlah
hanya berpaksikan kekayaan dan kemewahan semata-mata. Sebaliknya bacalah surah
Al- Waqiah ini dengan hati dan niat yang ikhlas demi mengejar keredhaan.
Bacalah surah ini dengan besertakan niat apabila kita dimurahkan rezeki kelak,
kita akan perbanyakkanlah amal ibadat dan jariah. Insyaallah dengan niat yang
suci ini, Allah akan memperkenankan doa-doa kita dengan mudah.
Comments
Post a Comment