Prose Mencari ilmu Setiap Masa

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria


Alhamdulillah, kembali bersiaran. on off beberapa hari. Selesai dua kertas final semester ini. Sambung lagi esok, kertas Modifikasi Tingkah Laku. 
 
Masih lagi dalam proses pencarian ilmu yang tiada hentinya. Belajar kelas online pemasaran pula untuk 3 bulan pertama ni, perlu serap dan hadam betul-betul untuk diaplikasikan semula. Alhamdulillah syukur tak terhingga kerana saya dapat menyertai kelas pemasaran ini. Terima kasih kepada sifu dan mentor Pn. Masayu Ahmad, kerana memberi peluang kepada saya, sebagai rewards pencapaian saya. Semoga dengan ilmu ini dapat saya berkongsi dengan lebih ramai di luar sana yang sedang mencari arah panduan bagaimana mahu memulakan bisnes dari rumah, dan hanya bekerja di rumah sahaja.
 
Seronoknya dan bertuah rasanya saya berada dalam kelompok Akademi bekerja Di Rumah. Banyak ilmu dan perkongsian, rupanya dapat juga saya jugakan untuk menjawab soalan peperiksaan, Cabaran wanita bekerjaya untuk kertas Pembangunan Kerjaya tempohari. Sangat banyak membantu melalui pembacaan di blogger alumni dan ebook Super WAHM Super Mom. 
 
Apa beza suri rumah dan suri bekerja dari rumah.
 
Suri rumah sepenuh masa
Suri rumah sepenuh masa memberi tumpuan utama kepada keluarga semata-mata. Anak-anak, suami dan urusan rumah tangga. Jadi tiga keutamaan ini adalah tugasan yang menjadi keutamaan. Tidak melakukan apa-apa atau sebarang sumbangan kewangan kepada keluarga.
 
Suri bekerja dari rumah
Suri yang bekerja dari rumah adalah mereka yang menghasilkan pendapatan sama ada bekerja, mengusahakan bisnes, secara sambilan atau sepenuh masa. Peranan suri ini sama sama sibuknya dengan suri yang bekerja di luar rumah. Tugas yang dipikul adalah berganda dan memerlukan pengurusan masa yang baik.
(sumber : ebook www.janawangdirumah.com)
 
 
Setiap apa yang kita miliki, kita buat pasti ada hikmah yang telah ditentukan oleh Allah swt. Seharusnya kita bersyukur dan menerima semuanya dengan redha, kerana sesungguhnya sangat besar ganjaran orang yang bersabar dan redha.


Teks: Suharni Dawing
Alhamdulillah akhirnya berjaya juga melengkapkan tugasan 44 enteri yang diberikan oleh mentor saya walaupun memakan masa yang agak lama untuk menyiapkannya. Sebenarnya untuk menyiapkan tugasan ini bergantung kepada individu itu sendiri kerana ianya memerlukan momentum dan komitmen yang tinggi dan ada protege yang hanya memerlukan masa hanya seminggu sahaja, tidak mustahil kan jika kita bersungguh-sungguh. Terima kasih kepada mentor saya Puan Normi Hj Mat Yusof kerana banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar, beliau begitu sabar melayan dan menjawab setiap soalan yang diutarakan oleh protege-protege beliau. Sejujurnya saya memang tidak tahu menahu selok-belok dunia "berblogging" ini, hanya tahu "search" maklumat dan baca blog-blog orang lain sahaja dan kini saya mampu memiliki blog dan fanpage sendiri. Beliau sentiasa ada untuk membantu dan menunjukkan langkah demi langkah serta tidak lokek untuk berkongsi ilmu.
Setelah memiliki blog dan fanpage sendiri, alhamdulillah saya mampu menjana sedikit pendapatan walaupun tidak lah sebanyak mana, namun saya tetap bersyukur. Menjadi agen dropship adalah salah satu permulaan perniagaan bagi mereka yang tidak mempunyai modal kerana hanya perlu mempromosikan produk dan dapat untung melalui komisyen. Segala urusan penghantaran, penyimpanan stok, dan bekalan produk dilakukan oleh pembekal, namun ejen dropship haruslah mencari pembekal yang tepat dan mudah untuk dihubungi bagi memudahkan urusan diantara ejen dan pembekal. Dengan menyertai kelas online asas blog dan fanpage ini mereka juga ada menawarkan produk kepada protege yang ingin memulakan perniagaan, Terima kasih kepada mentor saya kerana memperkenalkan saya kepada pembekal pakaian muslimah yang mudah untuk dihubungi dan berurusan dengan beliau.
Tanpa mentor yang betul ibarat melalui sebuah lorong yang gelap, tanpa diberitahu apa-apa tentang lorong itu dan tidak ada lampu suluh, tidak ada lilin serta peralatan untuk mempertahankan diri. Jika kita dibimbing oleh seorang mentor, dia ibarat penunjuk jalan kerana mereka sudah mengharungi lorong yang gelap itu dan tahu akan selok-belok lorong tersebut. Sudah tentu kita akan rasa lebih selamat dan yakin jika mentor ada untuk menemani kita melalui lorong yang gelap itu. Dengan adanya mentor, InsyaAllah perjalanan dalam dunia perniagaan akan menjadi mudah dan lebih lancar,mereka juga sering kali berkongsi network dan sentiasa membantu antara satu sama lain.
Saya berasa sangat bertuah kerana terpilih dan terpanggil untuk menyertai kelas asas blog dan fanpage ini kerana bukan sahaja saya dapat mengutip ilmu tetapi dapat menikmati kelebihan-kelebihan dalam kelas ini serta dapat menjalinkan ukuwah bersama ahli-ahli dalam akademi berkerja dari rumah ini. Jika anda ingin merasai kelebihan-kelebihan dalam akademi ini apa tunggu lagi jom daftar sekarang pasti anda berpuas hati kerana banyak pakej-pakej yang ditawarkan dalam akademi ini.
Guru Online : Normi Mat Yusof (http://normiyusof.blogspot.com/)
Teks: Suharni Dawing
Sumber: http://suharnidawing.blogspot.com/
__________________________________________________________________
 
Kelas Online Urus Akaun Bisnes Kecil.
Kelas ini diadakan atas permintaan rakan-rakan Wahm/Soho.

Modul:
Bagaimana merekod buku simpan kira-kira.
Pengenalan Kepada Asas Perniagaan Dan Fungsinya
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen
-Invois, cash, bil, resit, purchase order

Tarikh: 9.1.2014 (Khamis, iaitu esok)

Masa: slot 2: 2.30- 5.30pm (5 orang sahaja satu kumpulan)
Slot yang petang ini sudah ada yang mendaftar. Yang berminat MOHON hubungi  saya sekarang juga. Cukup kuota, kelas jalan terus. Kita bantu kawan-kawan yang dah tak sabar nak masuk kelas akaun.

**Bagi yang masih bekerja, kelas untuk slot malam juga ada disediakan.
Jika ada yang berminat untuk belajar modul-modul lain sila rujuk di sini http://kelasonlineurusakaunbisneskecil.blogspot.com/
Kelas diadakan apabila cukup kuota.
 
Pendaftaran kelas lain masih berlangsung seperti biasa :
 
1. Kelas asas blog penulisan
2. Kelas asas blog fanpage mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Rakan niaga akademi
6. Kelas online urus akaun bisnes kecil
 
Hubungi saya di sini :
 
sms /wtsapp : 017-7912993
add saya di facbeook : https://www.facebook.com/anies.aiz

Comments

Popular Posts