Sunday, 12 January 2014

Minggu Penuh Dugaan

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Alhamdulillah, masih dapat meneruskan penulisan, setelah sepi beberapa hari. Dengan pelbagai kesibukan dan dugaan.  Dua minggu ini yang penuh dengan cabaran. Mana saya perlu membuat persediaan untuk Peperiksaan Akhir. Raisha pula demam berpanjangan.

Peperiksaan pula telah selesai khamis lepas. Masa itulah Raisha mula demam agak teruk juga. Jadi agak kelamkabut menguruskan Raisha yang langsung tidak mahu berenggang. Khamis lepas saya bawa ke klinik kerajaan semula, setelah beberapa kali pergi klinik berbayar, masih belum beransur pulih. Perlu ambil darah. Merisaukan demam baik sekejap-sekejap. Selesai ambil darah, alhamdulillah, darah ok tidak ada apa-apa. Cuma masih perlu ulang ambil semula, risau dijangkiti denggi.

Semalam saya pergi lagi ke Klinik Kesihatan HSI, untuk temujanji ambil darah Raisha kali kedua. Selesai ambil darah, Doktor berikan sedutan gas kerana batuk dan kahak. Keputusan darah juga tidak ada masalah, hanya sedikit jangkitan kuman mungkin disebabkan batuk berkahak yang berterusan.

Balik semalam, selepas sedut gas, ambil ubat demam dan antibiotik, Raisha sudah beransur pulih. Sudah mahu makan sedikit. Aktif memang sentiasa walaupun ketika waktu demam. Mungkin kesan daripada sedutan gas tersebut, batuknya juga sudah berkurangan.

Hari ini perlu ke klinik semula untuk rawatan susulan. Pagi tadi ketika lihat Raisha tidur lena, demam dan batuk pun sudah beransur pulih. Suhu badan juga sudah hampir kembali normal. Insya Allah, mudah-mudahan akan terus sihat hari ini.

Sambung semula nanti ya, saya mahu bersiap ke klinik.  Doakan Raisha cepat sembuh.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kelas Akaun Bisnes Percuma Pengambilan Januari 10 orang sahaja.

Bagi pendaftaran kelas bisnes RM300

1. Percuma slot kelas akaun (bernilai RM150), percuma sahaja
Tarikh: 20.01.2014

Masa:
slot 1: 9.30-11.30 (5 orang sahaja satu kumpulan)

slot 2:
2.30- 5.30 (5 orang sahaja satu kumpulan - Slot ini sudah ada pelajar. Hanya tinggal 3 Kekosongan sahaja lagi)
 Tenaga pengajar bertauliah
Cukup kuota 5 pelajar, kita akan teruskan kelas.

Bonus 1: Kelas asas blog dan bisnes
Bonus 2: Pendaftaran Rakan Niaga/Pengurus Online
Bonus 3: 4 Ebook


Percuma: Bulan Kelas Urus Akaun Bisnes Kecil/ Wahm Soho
Modul: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order


Bagi yang mahu belajar kelas akaun ini sahaja, juga dialu-alukan, dengan yuran kels RM150 SAHAJA. Kelas akaun ini juga akan diadakan pada waktu malam, jam 8.00 - 11.00 mlm.  Bagi yang berminat, boleh hubungi saya untuk pendaftaran, 


email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms / wsapp : 017-7912993