Membina Jaringan Bisnes Online
Sumber:http://sitinadzifah.blogspot.com/2013/10/ulasan-kelas-online.html
Pejam celik pejam celik rupanya sudah sebulan juga saya menyertai Kelas Asas Blog dan Penulisan di bawah kelolaan Puan Masayu Ahmad. Alhamdulillah, berjaya juga saya menyiapkan tugasan pertama yang diberikan. Seingat saya, saya mengetahui tentang kelas ini adalah melalui group kedai buku online network di mana saya menyertai program dropship dengan Puan Masayu Ahmad. Saya antara yang terawal juga yang diberikan peluang untuk menyertai kelas ini ketika beliau mula-mula menubuhkan kelas. Tetapi disebabkan kebimbangan yang timbul di hati saya membuatkan saya hanya menjadi pemerhati senyap sedangkan perasaan ingin turut serta membuak-buak.
Rasa seperti tidak percaya pun ada bila memikirkan kembali bagaimana saya boleh membina blog dan menulis catatan di blog hampir setiap hari memandangkan jadual saya sebagai seorang wanita berkerjaya sangat padat. Rupanya ada cara dan teknik tertentu yang boleh dilakukan bagi melatih diri supaya sentiasa konsisten dan sentiasa dihujani idea untuk menulis.
Semuanya diajar dan dibimbing oleh guru-guru kelas ini yang dijalankan 100% secara online. Pada mulanya saya tidak yakin saya dapat memberikan komitmen sepenuhnya untuk kelas ini. Bimbang kalau-kalau tidak menyiapkan tugasan dalam tempoh yang diberikan dan tidak mahu ketinggalan dalam kelas membuatkan saya takut untuk mendaftar. Disebabkan alasan itu, saya hanya memendam sahaja keinginan untuk belajar dan hanya memerhati sahaja perkembangan kelas ini.
Walaupun saya tidak menyertai kelas ini,
saya tetap mengikuti perkembangan kelas dan pelajar kelas ini. Saya membeli e-book asas penulisan blog dari Puan Masayu dan cuba membina blog sendiri. Tapi benarlah kata orang belajar dengan berguru adalah lebih senang dan tidaklah tersesat jalan. Lain hasilnya membuat sesuatu dengan bimbingan guru dengan tidak berguru. Saya juga turut membaca koleksi tulisan beliau seperti buku Jana RM Dari Rumah dan e-book Super WAHM Super Mom.
Sehinggalah pada suatu hari saya terbaca mengenai ulasan-ulasan tentang kelas asas blog ini yang ditulis oleh pelajar-pelajar beliau. Dari situlah saya mengetahui bahawa ramai juga di antara mereka yang menyertai kelas ini merupakan wanita yang berkerjaya. Rupanya mereka juga seperti saya sentiasa sibuk dengan urusan kerja dan rumahtangga. Daripada ulasan mereka barulah saya betul-betul memahami konsep kelas 100% online ini. Terasa diri ini begitu rugi kerana menunggu terlalu lama untuk berubah dan menyahut cabaran.
Kelas ini begitu flexible kerana perantaraan antara protege dan mentor hanyalah melalui medium internet. Konsepnya cukup senang iaitu boleh bertanya bila-bila masa dan di mana sahaja. In shaa Allah akan ada guru yang membantu. Perjalanan kelas pula berdasarkan e-book yang diberilan sebaik mendaftar dan bimbingan melalui group di Facebook. Cukup mudah dan flexible. Protege tidak terikat dengan waktu yang ditetapkan, terpulang kepada kita bagaimana menguruskan masa. Jika rajin dan konsisten cepatlah mendapat hasilnya.
Akhirnya, saya nekad untuk mendaftar masuk ke Kelas Puan Masayu. Ternyata kelas ini cukup santai dan saya boleh tetapkan sendiri jadual saya. Bila ada persoalan boleh diajukan bila-bila masa sahaja. Selain itu, protege yang tidak mempunyai produk akan diberikan bimbingan untuk melakukan bisnes secara dropship di mana produk akan disediakan tanpa perlu menyimpan stok.
Banyak lagi kelebihan-kelebihan yang dapat dinikmati setelah menjadi sebahagian dari ahli alumni bekerja dari rumah ini. Rakan sekelas juga ramai membolehkan kita menambahkan lagi jaringan network rakan-rakan alam maya ini. Harapan saya semoga dengan menyertai akedemi ini, saya dapat membuat persediaan untuk mula bekerja hanya dari rumah dan menjana pendapatan pasif pula pada masa akan datang.
___________________________________________________________________________________

Akademi Bekerja Di Rumah menawarkan kelas berikut :
1. Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis
cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara
menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan
diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca
datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami,
kini sudah mencecah 340 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar
mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk
terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea
menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.
2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang
mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih
tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog,
fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi
RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten
masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat
sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan
atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis
konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar
buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium
promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.
4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis
cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah
pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.
5. Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka
penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada
produk untuk diniagakan. 3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk
digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan,
juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian
internet.
6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi
mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes.
Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan
demi permintaan.
Kelas ini terbuka kepada semua yang mahu memulakan bisnes
secara online, masih tidak tahu cara bagaimana mahu memulakan. Khusus utama
untuk suri rumah, suri bekerjaya yang mahu menambah pendapatan secara sambilan
atau sepenuh masa. Juga dialu-alukan penyertaan untuk kaum adam.
Bagi kalian yang berminat untuk memulakan bisnes secara
online, perlukan tunjuk ajar bagaimana mahu bermula, boleh hubungi saya di sini
:
email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms / wtsapp : 0177912993
Comments
Post a Comment