Jaga Khidmat Pelanggan, Bisnes Mampu Bertahan

Sumber: Ebook Bonus Kisah Inspirasi Usahawan Bisnes Makanan

Semuanya bermula secara spontan. Setiap kali balik kampung di Melaka, saudara mara dan kawan-kawan  selalu pesan kek lapis, ikan terubuk.  Dari situ datang ilham untuk memasarkan produk-produk ini secara online. Saya bermula dengan lawan web yang menyediakan perkhidmatan percuma (blogspot), kemudian ke laman sosial (FB).  Selain itu saya turut memasarkan produk kedai saya di laman web yang menyediakan perkhidmatan pengiklanan secara percuma. Almaklum, saya baru sahaja memulakan perniagaan jadi perkhidmatan percuma menjadi pilihan
utama ketika itu.

Kedai Ummie mula beroperasi pada Disember 2009 dengan hanya menjual kek lapis dan terubuk masin sahaja.  Pada mulanya memang saya tidak begitu yakin dengan kemampuan saya untuk berjaya.  Tetapi galakan dan dorongan suami menjadi pembakar semangat saya. Dengan bilangan dan permintaan dari pelanggan yang semakin meningkat, saya sentiasa berusaha menambah produk-produk baru dari masa ke semasa.  Sehingga kini, Kedai Ummie menjual hampir 20 jenis produk-produk makanan dan kraf dari Sarawak.

Kedai Ummie juga pernah mendapat tempahan kek lapis dan terubuk masin dari pelanggan-pelanggan luar negara seperti Birmingham, Austria, Melbourne dan London.
Alhamdulillah, maklumbalas yang diterima amat positif.

Memandangkan produk Kedai Ummie majoritinya terdiri daripada makanan, lebih-lebih lagi yang mempunyai jangka hayat yang singkat, faktor masa menjadi cabaran utama saya. Lebih-lebih lagi tempahan pelanggan dari luar negara yang sudah tentunya memakan masa.  Jadi saya memilih syarikat yang menyediakan perkhidmatan penghantaran yang pantas dan bagus rekod penghantaran.

Untuk makluman, kek lapis jika disimpan pada suhu bilik tahan sehingga 4 hari. Manakala terubuk masin pula boleh bertahan sehingga seminggu.  Jadi saya perlu memikirkan bagaimana produk dapat sampai kepada pelanggan dengan cepat dan dalam keadaan baik. Berurusan dengan sesetengah pelanggan yang cerewet juga merupakan cabaran yang tidak dapat saya lupakan. Tetapi dengan menggunakan pendekatan 'win-win situation' semuanya dapat diatasi.

'Layan pelanggan sebagaimana kita mahu orang lain melayan kita', selain itu jangan lupa ucapkan terima kasih.  Itu antara amalan yang saya selalu lakukan.

Kini Kedai Ummie hampir berumur 5 tahun, Alhamdulillah.
 
 
 
 
Hanya RM 100 SAHAJA
MASIH HARGA PROMOSI
TEMPAH TERUS DI SINI
 
Kami juga menawarkan kelas berikut untuk membantu suri rumah dan suri bekerjaya menjana pendapatan dari rumah.Sila pilih mana-mana kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page
3. Kelas belajar iklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online.
6. Pendaftaran kelas akaun bisnes kecil wahm/soho
**Bagi yuran RM300 untuk kelas 5 dan 6 akan diberi PERCUMA kelas urus akaun untuk bisnes kecil.
 
 
*** Mahu belajar urus niaga akaun bisnes kecil, kelas secara online sahaja.

Tarikh : 20/1/14 (Isnin)
Jam : 2.30 - 5.30 ptg (3 jam)
hanya 5 orang satu sesi (Hanya tinggal 2 kekosongan sahaja lagi)

kelas waktu malam akan diadakan pada :

Tarikh : 21 /1/2014 ( Selasa)
Jam : 8.00 - 11.00 mlm (3 jam)

Tenaga pengajar bertauliah. Hanya RM150 (3 jam), BONUS EBOOK 101 IDEA HOME BASED BISNES (Bernilai RM50) + BONUS BERIKLAN DI SOHO DIRECTORY SELAMA SETAHUN (Bernilai RM100)

free kelas akaun ini bagi yang mahu menjadi rakan niaga akademi / pendaftaran kelas bisnes sesi Januari

Modul: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.- Invois, cash, bil, resit, purchase order

pm saya Anys Idayu Zakaria untuk tempah tempat
 
 
Hubungi saya untuk daftar mana-mana kelas pilihan :
 
sms / wtsapp : 017-7912993
add saya di facebook : https://www.facebook.com/anies.aiz

Comments

Popular Posts