Bisnes Modal rendah
Teks : Anys Idayu Hj Zakaria
Apa yang menarik tentang Rakan NIaga Akademi :
* belajar gunakan blog untuk jana pendapatan
* dapat free kelas akaun
* bonus 4 ebook
* produk hanya atas talian
* tak perlu simpan stok
* tak perlu urus stok
* tiada modal berkali-kali. Hanya sekali yuran akademi rakan niaga
* produk umum dan permintaan sepanjang tahun
* hanya perlukan kesungguhan, fokus, konsisten.
Satu ketika dulu, ketika mula-mula berbisnes, saya sendiri tercari-cari dan berfikir bisnes apa yang perlu saya lakukan, yang hanya modal sekali sahaja dan saya terus menjana pendapatan dengan cara tersebut. Setelah melalui pahit manis dunia berbisnes, semua bisnes telah saya ceburi, dari bermodal sedikit membeli produk dan menyimpan stok, ambil kain dari kemboja dan jual pada rakan-rakan, sertai bermacam syarikat MLM, bisnes online, dropship sertai mana sahaja peluang untuk menambah pendapatan. Semua saya ceburi. Usah dikira telah berapa banyak wang ringgit habis.
Dengan pengalaman bisnes dan trend bisnes yang ada, saya kira memang tiada langsung bisnes yang tidak memerlukan kita membuat pusingan modal, terutamanya bila awal-awal bulan pasti perlu mempunyai peruntukan khas untuk menambah modal dan stok dan perlu buat belian untuk maintain bonus. (ini ikut pengalaman saya yang sertai MLM)
Beberapa hari ini saya terfikir sudah hampir setahun saya buat ini tanpa sebarang modal. Hanya berbekalkan komputer dan internet, saya fokus dan konsisten buat. Alhamdulillah, syukur hasilnya saya mampu menjana pendapatan tanpa perlu saya pening-pening fikirkan modal untuk hujung bulan pula.
Subhanallah, bukanlah saya untuk mengatakan bisnes lain tidak bagus. Tapi kini saya telah temui apa yang meransang minat saya. Inilah yang saya cari selama ini. Saya sangat seronok dengan apa yang saya lakukan sekarang, inilah yang saya idam-idamkan. Berbisnes dengan hanya hujung jari sahaja. Tanpa perlu keluar rumah, tak perlu simpan stok dan urus stok. Saya tak perlu fikir tentang penghantaran stok kepada pelanggan, perlu beratur panjang di pejabat pos untuk penghantaran produk. Malah, yang lebih saya gembira, bila pelanggan membeli mereka akan terus dapat produk tersebut.
Dan yang lebih penting, saya tak perlu pening-pening fikir untuk
dapatkan modal untuk dikeluarkan pada setiap bulan. Maknanya kesemua
keuntungan hasil bisnes ini saya dapat simpan dan jadikan gaji untuk
setiap bulan. Dan yang lebih penting, dapat gunakan untuk tambah ilmu
bisnes yang lain.
Sebagai seorang yang masih bekerjaya, saya juga masih memikirkan masa-masa emas bersama anak-anak syurga. Hanya ketika waktu malam dan hari-hari hujung minggu ketika tiada kelas itulah masa yang saya ada untuk bersama mereka. Dahulu ketika Kakak masih kecil, saya korbankan juga masa selepas waktu pejabat, keluar berjumpa pelanggan. Appointment sana, appointment sini ketika sedang menjalankan satu bisnes rangkaian. Akhirnya ketika kakak sudah mula sekolah tadika, saya terpaksa korbankan bisnes tersebut. Masa lebih berharga bersama anak.
Dari situ, saya mula berfikir lagi satu bisnes lain yang perlu saya buat yang tidak mengganggu langsung masa untuk saya menguruskan mereka. Saya cuba berjinak-jinak dengan bisnes online pula. Bermula dengan produk dropship dan akhirnya, kini bersama Akademi Bekerja Di Rumah.
Bersama Akademi Bekerja Di Rumah, dengan menggunakan produk akademi, kelas online, pakej iklan dan produk digital ebook kini saya mampu menjana pendapatan tanpa had dan tanpa perlu mengeluarkan modal berkali-kali untuk simpanan stok.
Apa yang menarik tentang Rakan NIaga Akademi :
* belajar gunakan blog untuk jana pendapatan
* dapat free kelas akaun
* bonus 4 ebook
* produk hanya atas talian
* tak perlu simpan stok
* tak perlu urus stok
* tiada modal berkali-kali. Hanya sekali yuran akademi rakan niaga
* produk umum dan permintaan sepanjang tahun
* hanya perlukan kesungguhan, fokus, konsisten.
Bagi yang mahu menjana pendapatan dari rumah boleh serta Akademi Bekerja
di Rumah sebagai Rakan Niaga. Inshaallah saya akan bimbing kalian bagi
membina platform untuk mula.
Apa yang anda dapat dengan menjadi Rakan Niaga?
Anda akan belajar membina platform, iaitu satu Blog Bisnes yang membolehkan anda menjalankan operasi perniagaan hanya dari rumah sahaja. Kalian juga akan belajar membina satu fanpage.
Anda hanya perlu mempromosikan pakej-pakej jualan dan produk-produk yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah. Kami sediakan tapak untuk anda berniaga tanpa perlu keluar dari rumah. Apa yang anda perlukan hanyalah kesungguhan dan talian internet.
Blog Rakan Niaga akan tersedia dengan pautan:
1. Logo Akademi Bekerja Di Rumah
2. Logo rasmi SOHOdirectory
3. Kelas-kelas Online
4. Pakej Ebook
5. Ruang Periklanan
6. Borang Tempahan
Dengan ini anda tidak perlu keluar rumah, hanya bisnes di hujung jari. Samada secara sepenuh masa atau secara sambilan.

Hubungi saya :
email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms / wtsapp : 017-7912993
add saya di facebook : https://www.facebook.com/anies.aiz
Promosi ini berlangsung sehingga April 2014
Comments
Post a Comment