Bekerja Di Rumah Impian Saya
Teks : Anys Idayu Hj Zakaria
Ulasan Pelajar Kelas Asas Blog Bisnes
Guru Online : Anys Idayu Hj Zakaria
Protege : Nur Sayyidah Yahya
Sumber : http://sayyidahyahya.blogspot.com/search/label/Ulasan%20Kelas
Kelas Asas Membuat Blog : Dari kaca mata saya
Kelas urus akaun bisnes kecil secara online. Sangat sesuai untuk WAHM/SOHO. Kelas ini percuma sahaja melalui pendaftaran kelas blog bisnes / Rakan niaga Akademi.
Modul: Pengenalan Kepada Asas Perniagaan Dan Fungsinya
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen
-Invois, cash, bil, resit, purchase order
Tarikh: 6.1.2014 (Isnin)
Masa: 2.30-4.30 (5 orang sahaja satu kumpulan)
Tarikh: 9.1.2014 (Khamis)
Masa slot 1: 9.30-11.30 (5 orang sahaja satu kumpulan)
slot 2: 2.30- 4.30 (5 orang sahaja satu kumpulan)
Bagi modul-modul lain sila rujuk di sini http:// kelasonlineurusakaunbisneskecil .blogspot.com/
hubungi saya untuk pendaftaran :
Email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms / wtsapp : 017-7912993
Alhamdulillah, selesai seorang lagi protege saya menyiapkan senarai tugasan dan langkah-langkah yang diberikan untuk membina blog bisnes beliau.
Insya Allah, dengan medium internet ini sudah ramai para isteri, ibu dan wanita bekerjaya memilih untuk menjadikan bisnes online sebagai salah satu cara untuk menambah pendapatan, dan hanya bekerja di rumah. Impian ini mungkin juga tidak akan tercapai jika hanya berimpian, tanpa sebarang tindakan.
Ulasan Pelajar Kelas Asas Blog Bisnes
Guru Online : Anys Idayu Hj Zakaria
Protege : Nur Sayyidah Yahya
Sumber : http://sayyidahyahya.blogspot.com/search/label/Ulasan%20Kelas
Kelas Asas Membuat Blog : Dari kaca mata saya
Hari ini merupakan hari kedua sesi persekolahan pada tahun 2014. Belum terlewat rasanya untuk saya mengucapkan selamat tahun baru. Pertambahan tahun ini bermakna usia kita juga bertambah. Mogo tahun ini kita semua menjadi seorang hamba ALLAH yang lebih baik dari semalam. Moga amalan kita makin bertambah dan kita berubah ke arah yang lebih baik. InsyaALLAH.
Sesungguhnya perancangan ALLAH adalah yang terbaik untuk kita dan kita sebagai hambaNYA haruslah berusah untuk mencapai apa yang dirancang dan berserahlah kepadaNYA. Saya merancang untuk selesaikan semua tugasan dalam kelas Belajar Asas Blogbersama cikgu Anys sebelum tahun 2014 menjelma. Tetapi malangnya saya tidak dapat selesaikan semua tugasan tersebut seperti yang dirancang. Moga saya terus diberi kekuatan untuk selesaikan semua tugasan ini.
Sesungguhnya saya tidak pernah terduga untuk menyertai kelas ini. Tapi itulah yang telah tersurat untuk saya. Perkenalan saya dengan cikgu Anys Idayu Zakaria adalah dirancang oleh ALLAH. Saya mengenali cikgu Anys di blog Akedemik bekerja di rumah. Blog ini amat menarik minat saya kerana perkataan bekerja di rumah sungguh dekat dengan hati saya. Sebab itulah impian saya…bekerja dari rumah…mogo impian ini di makbulkan oleh ALLAH.
Impian saya untuk membuat blog kerana saya begitu teruja untuk memulakan bisnes Shaklee bagi membolehkan saya mencapai impian saya untuk bekerja dari rumah. Di kelas asas membuat blog ini saya diajar tentang cara-cara untuk membina blog bermula dari awal sehingga saya berjaya menghasilkan blog walaupun saya bukanlah seorang yang mahir IT. Teknik-teknik yang digunakan amatlah mudah difahami. Sekiranya terdapat persoalan, saya boleh menghubungi cikgu Anys pada bila-bila masa. Cikgu Anys adalah seorang yang mudah mesra dan sabar melayani setiap pertanyaan saya.
Kelas ini amatlah mesra kelurga…kerana saya tidak perlu keluar tinggalkan keluarga untuk hadir ke kelas…cukup sekadar luangkan sedikit masa di depan PC. Segalanya dilakukan secara dalam talian. Sungguh mudah. Tidak dinafikan, untuk membina satu blog kita boleh belajar sendiri berpandukan internet, tetapi belajar tanpa guru amatlah berlainan dengan belajar dengan seorang guru yang mahir. Dengan adanya seorang guru kita dapat menghasilkan satu blog yang menarik dan dapat bertukar-tukar pandangan.
Kata kunci penting yang diajar oleh cikgu Anys adalah gunakan nama penuh sendiri seperti yang tertera di IC untuk hasilkan blog dan email bagi memudahkan proses penjenamaan diri. Kepada semua yang ingin membina blog untuk perniagaan ataupun sekadar untuk berkongsi ilmu, bolehlah berhubungi n cikgu Anys. Percayalah anda tidak akan rugi mempelajarinya. Semoga ilmu yang kita ada dapat dikongsikan dengan orang yang memerlukan.
Kelas urus akaun bisnes kecil secara online. Sangat sesuai untuk WAHM/SOHO. Kelas ini percuma sahaja melalui pendaftaran kelas blog bisnes / Rakan niaga Akademi.
Modul: Pengenalan Kepada Asas Perniagaan Dan Fungsinya
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen
-Invois, cash, bil, resit, purchase order
Tarikh: 6.1.2014 (Isnin)
Masa: 2.30-4.30 (5 orang sahaja satu kumpulan)
Tarikh: 9.1.2014 (Khamis)
Masa slot 1: 9.30-11.30 (5 orang sahaja satu kumpulan)
slot 2: 2.30- 4.30 (5 orang sahaja satu kumpulan)
Bagi modul-modul lain sila rujuk di sini http://
hubungi saya untuk pendaftaran :
Email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms / wtsapp : 017-7912993
Comments
Post a Comment