Sunday, 22 December 2013

Ulasan Kelas Blog Penulisan Kreatif

Ulasan Asas Blog Kelas Penulisan Kreatif

Guru Online : Monalita Mansor

Sumber : http://syahidahmahassan.blogspot.com/

 

Teks : Syahidah Mahassan

"Wah, akak ada blog ya," kata seorang sahabat.

Sebenarnya saya bukanlah mula berblog pada tahun ini. Sejak saya mempunyai akaun Frienster dan Multiply lagi saya sudah berblog. Sekitar tahun 2006 semasa menuntut di Kolej Matrikulasi Melaka. Pernah juga menggunakan Wordpress dan yang paling lama Blogspot. Jadi, asas senggaraan blog saya memang sudah tahu. Semuanya agak berbeza apabila mengikuti Kelas Asas Blog dan Penulisan.

Saya dapati kebanyakan peserta kelas ialah suri rumah yang berhenti kerja dan mahu meningkatkan potensi diri melalui pembelajaran atas talian yang lebih mudah. Perkara ini mengubah persepsi awal saya sewaktu mula-mula mengikuti kelas. Tanpa saya sedari, saya dapat banyak info bagaimana menjana pendapatan dari rumah.

Saya menganggap tidak salah saya melabur wang bagi mempelajari skil dan teknik baru. Ilmu yang baik, apabila digunakan dengan cara yang betul, boleh menjadi asbab keupayaan kita untuk menjadi manusia hebat. Saya cukup terkesan dengan kesungguhan ibu-ibu dalam kelas yang saya sertai ini. Mereka bersungguh-sungguh mengatur kehidupan seharian semata-mata untuk menuntut ilmu.

Insya-Allah, saya akan jadikan ini pembakar semangat untuk saya memperbaiki dan menambah baik potensi diri. Apa yang menarik melalui kelas ini ialah guru akan memantau perjalanan kelas secara atas talian. Melalui medium ini, saya bebas melakukan tugasan saya pada bila-bila masa terluang. Asalkan saya ada sambungan Internet dan gajet di sisi.

Selama ini asyik berblog syok sendiri, lebih baiklah saya berblog dan memberi manfaat kepada pengunjung laman ini. Tanpa teknik yang betul, kita sendiri yang rugi. Maka, bergurulah untuk menjadi lebih baik. Asalkan tidak melanggar syariat Allah, saya dapat pula menyampaikan panduan berguna untuk orang lain.

http://syahidahmahassan.blogspot.com/ 
 
   ***********************************************************************

Kami menerima pendaftaran setiap hari. Pendaftaran Disember sudah bermula. Kepada yang tertanya-tanya yang mana sesuai untuk disertai, di bawah adalah keterangan yang mungkin membantu:

1. Kelas online asas bina blog penulisan - untuk membina blog berpengaruh, blog yang disukai pembaca, belajar menulis blog dengan betul yang dapat menarik traffik ke blog.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online. Tak tahu cara untuk mula bisnes. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan bermula RM5, RM10, dan seterusnya. Bagi yang tidak ada produk kami sediakan produk untuk dropship.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

5. Rakan niaga / pengurus online Akademi

6. Kelas asas akaun bisnes kecil WAHM SOHO

Hubungi saya untuk daftar mana-mana kelas pilihan

email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms / wtsapp Z: 017-7912993
add saya di facebook :https://www.facebook.com/anies.aiz  






Tempah di sini dengan harga promosi 
sehingga 30 Januari 2014
Bayar RM80 di sini  untuk pilih mana-mana pakej pilihan