Tujuan Rawatan Pantang
Sumber : Ebook Panduan 44 Hari berpantang Tradisional & Moden
Bab 1:Tujuan rawatan pantang
Baca lagi banyak info dan maklumat yang berguna dalam ebook ini.
Apa yang menarik jika anda dapatkan ebook ini sebelum 15.12.2013 ini, anda akan menerima ebook bonus 44 Resipi pantang Tradisi Melayu (akan terbit pada 1.1.2014).
Dengan hanya menghantar ulasan ebook panduan 44 hari berpantang. Layak menerima ebook bonus. Promosi ini sah sehingga 15 Disember sahaja.
Selepas itu, harga kembali kepada asal RM60.
_________________________________________________________________________
Beli buku agama, buku motivasi & ebook di sini Aizmall Gedung Buku Online
Beli produk sunnah dan kelengkapan solat di sini Aizmall Sunnah Online
Sms/ Whatsapp : 017-7912993
Bab 1:Tujuan rawatan pantang
1.1Tempoh rawat dan rehat
Selepas menempuh tiga fasa kehamilan iaitu selama sembilan bulan, ibu melalui pula proses bersalin yang cukup meninggalkan kesan fizikal dan mental. Tempoh selepas sembilan bulan dan fasa baru selepas bersalin memberi peluang kepada diri sendiri berehat dan memulihkan kesihatan. Ia mengambil kira aspek pemulihan fizikal dan mental. Pemulihan fizikal memberi tumpuan kepada pemulihan dalaman, dan juga luaran. Pemulihan dalaman seperti memulihkan peranakan manakala luaran, menyembuhkan luka, menurunkan berat badan dan mengembalikan kecergasan.
Pemulihan mental iaitu persediaan ibu agar mampu mengawal emosi, pertambahan beban tugas, juga mengimbangi tugas sebagai ibu, isteri dan pekerja. Tempoh 44 hari adalah satu tempoh yang diamalkan sejak Siti Hawa, isteri Nabi Adam a.s. Dalam tempoh ini ibu perlu mengambil peluang untuk merawat kesihatan dan masa untuk berehat. Bagi wanita moden hari ini tempoh cuti selama 60 hari atau tambahan lagi cuti adalah peluang yang perlu diambil untuk kembali kepada rutin sebagai seorang ibu, masa untuk bersama bayi dan peluang untuk menguruskan diri.
Pemulihan kesihatan dalaman
Sepanjang tempoh kehamilan, banyak perkara yang mempengaruhi kesihatan ibu hamil. Biasanya masalah darah tinggi, kencing manis, badan lemah, berat badan meningkat memerlukan pemulihan semula selepas bersalin. Kadangkala masalah ini tidak berlaku sebelum hamil dan selepas bersalin, tetapi hanya berlaku semasa hamil. Justeru pelan pemulihan kesihatan perlu dilihat sebagai satu cara untuk ibu mengambil berat tentang kesihatan dan rawatan. Pakej pemulihan ini termasuk rawatan susulan dengan pakar, pusat kesihatan dan juga amalan kesihatan selepas bersalin. Manakala pemulihan dalaman seperti, rawatan luka tempat bersalin, mengembalikan kedudukan rahim, mengecutkan peranakan, merawat bahagian sulit wanita adalah antara tumpuan rawatan utama selepas bersalin.
Koyakan semasa bersalin
Koyakan berlaku semasa kelahiran disebabkan banyak faktor. Antaranya saiz anak yang besar, kelahiran secara vakum, ibu mengangkat punggung semasa melahirkan. Untuk proses penyembuhan, selepas dijahit, ibu boleh dan perlu mengetahui status koyakan dan jahitan. Tanya perkara tersebut kepada bidan yang mengendalikan semasa proses bersalin. Ini memudahkan memilih ubatan dan rawatan yang sesuai. Contohnya ibu yang mempunyai koyakan yang banyak, perlu menunggu benar-benar sembuh sekurangnya dua minggu sebelum melakukan urutan tradisional. Boleh mulakan dahulu dengan mengambil ubatan atau rawatan untuk penyembuhan koyakan dan jahitan sebelum memilih rawatan lain seperti urutan, sauna dan sebagainya.
Berbincang dengan pakar atau doktor yang mengendalikan semasa proses bersalin tentang jenis atau kaedah bersalin yang sesuai untuk meminimakan koyakan. Ini bergantung kepada situasi hamil seseorang wanita. Sangat penting menjelaskan keinginan ibu hamil untuk mendapatkan rawatan terbaik dan menjalanani proses bersalin pada tahap kesakitan minima. Juga keupayaan doktor yang mengendalikan ibu bersalin, agar ia membantu proses rawatan semasa berpantang kelak.
Pembedahan
Begitu juga bagi ibu yang melahirkan secara pembedahan, perlu memastikan jahitan dalam benar-benar sembuh sebelum berurut dan berbengkung. Cara berpantang dan resipi untuk ibu yang menjalani pembedahan juga berbeza dengan kelahiran secara normal.
Bakal Terbit 15.12.2013
Dapatkan ebook Panduan 44 hari pantang Tradisional & Moden
Dengan harga hanya RM30 SAHAJA
Tempah di sini untuk dapatkan harga ini, sah sehingga 15.12.2013
Apa yang menarik jika anda dapatkan ebook ini sebelum 15.12.2013 ini, anda akan menerima ebook bonus 44 Resipi pantang Tradisi Melayu (akan terbit pada 1.1.2014).
Dengan hanya menghantar ulasan ebook panduan 44 hari berpantang. Layak menerima ebook bonus. Promosi ini sah sehingga 15 Disember sahaja.
Selepas itu, harga kembali kepada asal RM60.
_________________________________________________________________________
Beli buku agama, buku motivasi & ebook di sini Aizmall Gedung Buku Online
Beli produk sunnah dan kelengkapan solat di sini Aizmall Sunnah Online
Beli pelbagai
jenis produk kesihatan, makanan dan produk borong bisnes di sini Aizmall Gedung Online
Sertai kami di
Akademi
Bekerja Di Rumah. Untuk yang berminat mendaftar
kelas online asas membina blog fanpage bisnes atau penulisan, hubungi saya : Sms/ Whatsapp : 017-7912993
Add saya di
facebook https://www.facebook.com/anies.aiz
Comments
Post a Comment