Konsisten Menulis Blog

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria




Alhamdulillah, ini hadiah buat Bi Qaseh Rezeki Umi, hasil usaha dan ketekunan beliau sendiri menulis blog. Atas kata kuncian dan carian "QASEH STOKIS BANGI'', blog beliau berada di tangga pertama carian google
 




Lagi blog protege berada di carian utama google, dengan kata kunci ''PANDUAN KRAFTANGAN HOMEMADE''

Tahniah MaLeeva SemaDi, juga merupakan salah seorang rakan niaga akademi yang sedang dilatih kini.

Kami di Akademi hanya tunjuk cara bagaimana mahu seperti ini, selebihnya adalah usaha, konsisten dan sungguh-sungguh protege sendiri.

Bagaimana mahu blog kalian juga berada di tangga teratas carian google, semuanya boleh dipelajari di kelas online Akademi bekerja di rumah.
 


Ada yang bertanya begini :

''Saya sudah post entri di blog, tapi bila buat carian google kenapa blog saya masih tidak tersenarai dalam carian pertama google?''

Jawapannya mudah sahaja, jika hanya sekali dua kita buat entri, google masih belum mengenali kita. Masih sukar untuk kita dijejaki. Jika mahu berada di carian google, perlulah konsisten menulis. Dalam kelas kami ajar dan latih protege menulis 44 catatan pertama untuk memahirkan protege menulis dan terus menulis. Untuk mendapat momentum menulis. Umpamanya begini, google hanya kenal sahaja blog kita. Tapi belum kenal siapa kita sebenarnya. Jadi untuk mudah google kenal dan berada di carian, fokus menulis berdasarkan kata kunci dan tajuk utama / niche utama blog. Ini semua sudah diberikan dalam kelas semasa protege menjawab soalan analisa.

Pentingnya fokus blog, ia menjadikan blog kita ada arah tuju dengan pengisan utama, berdasarkan kepakaran, minat dan kemahiran sedia ada, ini sudah saya bagi dalam jawapan analisa, jangan hilang fokus, setiap bidang ada pembacanya, berjuta-juta diluar sana, hanya fokus apa yang kita ada dan tulis ia dalam blog, dari situlah uniknya kita berbanding orang lain.
________________________________________________________________

Akademi Bekerja Di Rumah menawarkan kelas berikut :

1. Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 340 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk.  Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing).  Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.


5. Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan.  3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.

6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes.

 Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.

Kelas ini terbuka kepada semua yang mahu memulakan bisnes secara online, masih tidak tahu cara bagaimana mahu memulakan. Khusus utama untuk suri rumah, suri bekerjaya yang mahu menambah pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa. Juga dialu-alukan penyertaan untuk kaum adam.

Bagi kalian yang berminat untuk memulakan bisnes secara online, perlukan tunjuk ajar bagaimana mahu bermula, boleh hubungi saya di sini :

email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms / wtsapp : 017-7912993
add saya di facebook : https://www.facebook.com/anies.aiz

Comments

Popular Posts