Jana Pendapatan hanya dari rumah

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria


Sekarang ini memang semua lazim maklum apapun status dan pekerjaan kita saya pasti ramai yang masih melakukan dua atau tiga kerja dalam satu masa. Selain bekerja pada waktu siang, malah turut melakukan beberapa bisnes lain atau kerja sampingan lain untuk menampung kos kehidupan yang semakin meningkat.
 
 Bagi saya sendiri, yang sememangnya suka mencari peluang untuk menambah pendapatan, saya senang dan seronok melakukan kerja yang tidak menjejaskan tugas hakiki dan tanggungjawab di rumah. Suka saya nak berkongsi kisah bagaimana saya bertemu jejak dengan Pn. Masayu Ahmad. Dan dari beliaulah saya dapat peluang untuk menjana pendapatan hanya dari rumah, walaupun yang sebenarnya saya masih lagi bekerja sepenuh masa. Dari beliau jugalah saya berpeluang berada di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)
 
Tahun 2011 saya telah pergi ke BADAN Bookstore untuk membeli buku-buku rujukan dan bahan bacaan. Sedang memilih buku, saya telah terjumpa dengan buku tulisan Kak Masayu, Jana RM Dari Rumah. Apa lagi, terus saya sambar kerana begitu teruja dengan tajuk hadapan buku ini. Pasti isi kandungan menceritakan bagaimana kita mahu memulakan pendapatan hanya dari rumah. Sebetulnya saya langsung tidak mengenali siapa pun beliau. Yang saya tahu, jika sudah ada buku pastilah beliau seorang yang mempunyai pengalaman dalam bidang yang ditulis.
 
Subhanallah. Kuasa Allah penentu segalanya. Ada hikmah di sebalik pembelian buku ini sebenarnya. Dari tidak langsung mengenali siapa Pn Masayu Ahmad, sekarang saya sudah berada di bawah bimbingan beliau. Syukur tak terhingga. Saya mengenali beliau juga sebenarnya melalui facebook ketika beliau menawarkan ruangan dropship untuk produk yang beliau ada. Hanya syarat mudah untuk turut serta dropship beliau, iaitu memiliki senaskah buku Jana RM Dari Rumah.
 
Dek kerana saya memang sudah pun memiliki buku ini, saya tidak perlu tunggu masa lama untuk membelinya. Terus saya diterima menjadi salah seorang daripada agen dropship Pn. Masayu. Daripada agen dropship produk sunnah dan buku-buku ilmiah saya diberi peluang untuk menyertai kelas asas blog pada April 2013.
 
Sambil belajar melalui kelas yang dianjur, saya terus mempromosi produk-produk dibawah rangkaian Pn Masayu. 2 bulan saya belajar membina blog. Daripada seorang yang zero, langsung tidak tahu apa tentang blog, saya hanya ikut sahaja cara yang beliau ajar. Kerana saya sudah tekad, saya mesti buktikan pada beliau saya boleh lakukan. Bukan mudah untuk diberi peluang ini. Jika saya biarkan sahaja begitu tanpa usaha yang gigih, kira sayalah orang yang paling rugi melepaskan peluang depan mata, kerana saya tidak perlu pun mengeluarkan apa-apa modal. Hanya buat dan ikut sahaja cara yang ditunjukkan.
 
Dalam proses belajar saya diangkat pula sebagai pembantu kelas, dari sini saya diberi bimbingan bagaimana untuk mengajar protege lain pula untuk membina blog. Dan Alhamdulillah, kini saya bergelar guru online di Akademi Bekerja di Rumah. Subhanallah. Sungguh rasa beruntung dengan pertemuan indah yang telah diatur Allah swt. Syukur dengan pertemuan ini. Ketika saya sedang teraba-raba mencari peluang dan mentor, bimbingan dan panduan dalam berbisnes, Allah berikan jalan dan permudahkan urusan saya. Kerana saya sendiri sedari, tanpa matlamat dan bimbingan dari mereka yang berpengalaman kita pasti agak sukar menempuh perjalanan yang mencabar ini.
 
Apa yang seronoknya, di akademi ini kami dibimbing untuk memulakan bisnes hanya melalui komputer dan internet. Juga dengan kesungguhan kerana produk semua sudah disediakan. Malah kami tidak perlu keluar rumah. Hanya duduk sahaja depan komputer, dan buat kerja. Dan saya kira inilah impian semua wanita, mahu cari dan tambah pendapatan tanpa perlu meninggalkan anak-anak dan keluarga.
 
Alhamdulillah. Kini saya buka pula peluang ini kepada kalian yang mahu mula menjana pendapatan hanya dari rumah sahaja. Akademi kami sedang mencari mereka yang mahu bekerja hanya dari rumah, hanya dengan menggunakan komputer @ laptop dan talian internet. Yang penting kesungguhan dan kerajinan.
 
 
 
 
 

Selalu kita fikir, 'sempurna dulu baru nak mula' ada 'website lengkap baru jualan kencang' kan. Jika tak sempurna, tak lengkap tak boleh mula. Memang ya, jika kita mahu mereka yang memandang teruja dengan kita. Tapi sebenarnya itu semua persepsi dan terpulang pada masing-masing. Tapi jika website cantik dan gah jika pelanggan tak ada pun, rasa rugi kan. bermula dari bawah, bermula dari zero naik secara berperingkat
 
Allah beri bahagian kita juga berperingkat, sama dengan usaha kita. Tak ada duit sejelepuk datang bersusun depan mata, bacalah kisah usahawan sukses, mereka bermula dengan apa yang ada, bukan cara seperti, anak orang kaya dilahirkan dalam gudang dan duit berkepuk-kepuk.
 



Kini saya buka pendaftaran untuk Rakan Niaga/Pengurus Online Akademi bekerja di rumah
- saya buka pendaftaran khusus buat suri rumah yang serius mahu bekerja dari rumah. Suri kerjaya yang mahu memulakan bisnes online secara sambilan atau sepenuh masa. Saya buka untuk yang benar-benar serius, fokus dan komited sahaja
- RM1k hingga 3k bersih (jika betul-betul fokus dan ikut cara yang diberikan)
Jika kalian salah seorang daripada mereka, hubungi saya untuk saya bimbing sebagai salah seorang rakan niaga di ABDR. Ilmu yang saya pelajari di sini, insya Allah saya akan sampaikan pula kepada kalian, untuk kita sama-sama nikmati rezeki Allah ini.

 -kalau rasa sudah sedia, hubungi saya ya Anys Idayu Zakaria
 
sms /wtsapp : 017-7912993
add saya di facebook:https://www.facebook.com/anies.aiz



 



Comments

Popular Posts