Syukur selamat
Teks : Anys Idayu Zakaria
Subhanallah,
alhamdulillah. syukur Ya Allah selamat tiba di tempat kerja dan selamat
dari ditimpa musibah sewaktu dalam perjalanan ke pejabat. Depan mata lori brek mengejut
(sebenarnya salah bas di hadapan lori tersebut kerana berhenti tidak betul). Kalau lori tersebut berpusing-pusing pasti saya pun turut terkena kerana saya memang hampir dengan lori tersebut. Lori di hadapan kereta saya, sewaktu brek dia terus berpusing dan naik penghadang jalan di jalan sebelah. Dua buah kereta di jalan sebelah turut berhenti mengejut kerana mengelak lori, dan berdentum pula dengan kereta lain.
Syukur, Allah masih memberi keselamatan kepada saya
berkat berzikir ketika memandu. Alhamdulillah.
Syukur ya Allah kerana umur kami masih panjang dan ampunkanlah dosa2 kami..
ReplyDeleteAmin.amin. Alhamdulillah. Syukur Ya Allah.
ReplyDelete