Sinar pelangi selepas hujan

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur diberi nikmat yang berganda. Rezeki kesihatan, kasih sayang, persahabatan, kewangan. Bersyukur dan reda menerima semua pemberian Allah swt.

Cerita semalam baru nak kongsi pagi ini. Saya sangat terkesan apabila melihat PU malam tadi. Kedua ibu bapa Allahyarham Ammar sungguh reda dan tabah menghadapi ujian Allah. Anak kesayangan diambil Allah ketika masih muda. Jika kita ditempat mereka belum tentu lagi kita setabah itu.

Ujian merupakan lumrah dalam kehidupan. Jika kita menghendaki sesuatu yang kita sukai perlu kita berusaha menggapainya. Kesempitan, kesukaran dan berbagai rintangan perlu ditempuhi untuk memenuhi cita-cita kita. Lebih-lebih lagi apabila kita mengharap redha Allah yang tiada tandingan jika hendak dibandingkan dengan apa jua bentuk kenikmatanNya.

“Barangsiapa yang Allah kehendaki akan memperoleh kebaikan maka Allah akan timpakan kepadanya musibah padanya baik yang mengenai tubuhnya atau hartanya atau apa-apa yang menjadi kekasihnya”.( HR Bukhari )

“Allah tidak membebani manusia melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Al-Baqarah:286)


  Semoga ada sinar pelangi yang datang selepas hujan turun.
 


Tinta Penulis.

 anysidayu.blogspot.com
(Panduan Bisnes Online & Khidmat Pelanggan)

Comments

Popular Posts